Hujan masih lebat di luar. Aku keseorangan dalam rumah ni. Bila cuti, rasa nak kerja. Bila kerja, rasa nak cepat-cepat cuti. Bila nak puas hati ni?hihi..
Oh ha, ada sesiapa di luar sana yang pergi interview KPLI-SR dan KPLI-JQAF tak sebelum ni? Untuk makluman, tarikh semakan diterima untuk berkursus atau tidak dipercepatkan ke 17 Januari 2011. Tarikh lapor diri ke IPG yang telah ditetapkan adalah pada 24 Januari 2011. Boleh cek di [SINI]..
Aku masih dalam dilema. Borang permohonan master dah ambil. Isi pun dah. Cuma report daripada majikan sahaja yang belum siap. Kalau aku dapat interview tu macam mana? Hati sekarang kuat nak sambung belajar, entah kenapa. Tapi, ada juga suara-suara yang suruh proceed kursus tu kalau dapat. Masalah sekarang aku dah makin berumur, lepas ni for sure otak makin tumpul nak belajar, takut makin lemah keinginan nak belajar. Mana satu, mana satu??
"Istikharah Tini, istikharah"
Ini lah yang selalu Kakak (bukan kakak kandung tapi dia dah macam kakak kandung, soulmate!) nasihat. Aku buat bukan selalu, jarang-jarang. Lemahnya iman, lemahnya semangat. Kakakkkkkkkkkkkkkkkkkk....
*Tiba-tiba saja charger laptop tidak mengalirkan tenaga elektrik. Nazak betul dah charger. Nampaknya kena ganti yang lain. Ala, duit lagiii..Kan dah janji nak simpan duit untuk sambung belajar? huhuhu...
6 comments:
erm..kite plak cam xde perasaan nk join kpli ni kak..knp ntah.. tp xpe la..kalau dpt..alhmdulilah la..mak aku laaa yg paling happy..apa lg yg boleh menghappykan selain melihat kegembiraan seorang mak.. T__T
InsyaAllah.. smoga berjaya :)
blog awk dah dimasukkan dlm bloglist Blog Kesayangan Gua..huhu.. er, xnmpak pon blog gua kt sini.. :P
@Faezah Hannah Al Baj
pai,kenapa kita selalu terpaksa berkorban utk kebaikan org lain?kenapa berkorban bukan utk diri kita?
bukankah itu lebih baik drp sakit di kemudian hari?;(
@Kasim Ahmad
terima kasih...
ada2,jgn risau...blog ni masih dikemaskini...huhuhu
apa2 pun tanya hati akak... kalau dpt offer belajr.. pi aje lah.. good luck yer kak.. =]
@Faaein Himura
insyaallah...thanks faien...;)
Post a Comment