~Nama ini pasti hilang pada pepasir setelah ditiup angin. Tiada yang kekal di dunia ini~
Apa lagi mahu dikata
Remuk hati dicarik-carik
Hancur berkecai bak serpihan kaca
Luka jemari pasti sembuh
Luka di hati tidak terbalut
Apa lagi mahu dikata
Setulus penawar yang diberi
Sekejam tuba yang dibalas
Putih berbuih segalanya diracuni
Apa lagi mahu dikata
Sekalipun airmata menitis satu persatu
Biarpun bara amarah meletus
Walau kesakitan tiada berhenti memburu
Takkan pernah membencimu
Apa lagi mahu dikata
Terimalah apa yang diduga
Ingatilah DIA yang Maha Esa
2 comments:
redho dgn ape yg termaktub! (^_^)"
nafsu:musuh yg dicintai
@Faezah Hannah Al Baj
gitu lah nampaknya pai...;(
Post a Comment