Selamat Pagi...Good Morning...Sobahalkhair...
Mari sama-sama kita mulakan pagi ini dengan niat baik dan semangat baru, penuh dengan motivasi. Boleh? Jom!
Tinggal seminggu lagi saya berbakti di SMAI Al Irsyad. 21 April saya akan mula bekerja di tempat baru dengan jawatan baru sebagai Pegawai Tadbir di Al Madinah International University (MEDIU), Shah Alam. MEDIU tawarkan scholarship kalau saya nak sambung master. Pucuk dicita ulam mendatang, kebetulan saya merancang nak sambung belajar, memang rezeki yang amat tak terkira daripada Allah yang saya dapat. Syukur sangat!
Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, hati saya juga sayang sangat nak tinggalkan profesion perguruan. Tambah lagi bila ada beberapa pelajar memujuk supaya jangan tinggalkan sekolah. huhuhu...
"Mu'allimah, betul ke Mu'allimah nak pindah?"
"Mana kamu tahu?"
"Ala Mu'allimah, jangan la pindah. Kalau Mu'allimah pindah,siapa nak ajar kami Bahasa Arab?"
Kenapa la anak2 murid ni buat hati kecil saya sayu? Walaupun Mu'allimah tidak bergelar guru dah lepas ni,doa Mu'allimah sentiasa mengiringi kamu semua. Kita belajar BA on9,amacam? ok tak? terfikir jugak nak buat camni. hmmm...
Nak berhenti dan bertukar kerja pun macam-macam ujian Allah bagi. Pelbagai dugaan yang harus saya tempuh. Mana tidaknya, baru dua bulan kerja kat Kuantan ni, saya dah nak letakkan jawatan. Mungkin ada hati-hati yang tidak mampu saya jaga dengan hal ini. Semuanya terjadi atas kehendak Allah yang saya akan pergi. Semuanya tidak disangka. Datangnya juga tak terduga. Walau apa pun, dengan masa yang masih ada ini, saya akan cuba selesaikan segala tugas yang masih berbaki sebaik mungkin.
Semuanya akan jadi mudah bila kita hadapkan pada Allah..:)
Semuanya akan jadi mudah bila kita hadapkan pada Allah..:)
Salah seorang anak murid saya yang kacak dan berpotensi pergi jauh..Kacak tuu....haha...
Minggu ni merupakan Kempen Kebersihan Tip Top di SMAI Al Irsyad. Pada hari perasmian Minggu Kebersihan yang bertemakan "Pakaian Kotor Boleh Dicuci, Sekolah Bersih Sukar Dicari" pada isnin lalu, saya amat kagum dengan kebolehan pelajar mengaturcara majlis dengan teratur sekali. Berbakat jadi MC dalam 3 bahasa iaitu BM, BI dan BA. Ada gimik dan sebagainya.
Di penghujung perasmian pembukaan, Banin menunjukkan sekali lagi kebolehan mereka dalam menghasilkan video. Lawak tetapi mengandungi mesej yang sangat berguna! Sebagai menghargai usaha mereka, saya uploadkan video mereka dalam 1tube..;)
Di penghujung perasmian pembukaan, Banin menunjukkan sekali lagi kebolehan mereka dalam menghasilkan video. Lawak tetapi mengandungi mesej yang sangat berguna! Sebagai menghargai usaha mereka, saya uploadkan video mereka dalam 1tube..;)
Anak murid saya semua comellllll...
Will miss you guys after this!huhuhu
Will miss you guys after this!huhuhu



8 comments:
waaaa..ustazah ke?
@SyedGraphiX
err boleh dikatakan gitu lah...hehe
msty sedih nk tglkan mereka smua kan.
:))
@Fyqa
tula fiqah..minggu depan minggu last akak ngaja...sian jugak nk tgl diorg...akk dh mula sayang diorang walaupun kdg2 membebel...huhu
wah! usatazah upenya.. hihi...
@forever love
gitu le gamoknye...hehe
sedih, sedih juga. tapi tiap pengalaman hidup tu akan mendewasakan kita~ =)
peace
fahmimahat
@Fahmi Mahat
ok2 tak sedih dah...huhuuhu
Post a Comment