Thursday, June 16, 2011

Home » , , » Saya Dapat Rasa Apa Yang Dia Rasa

Saya Dapat Rasa Apa Yang Dia Rasa

Saya masih berada di pejabat ketika entri ini ditaip. Hari ni bermulanya Final Examination February 2011 untuk Short Course. Biasanya saya tak bergerak, duduk di kerusi sambil mengadap komputer untuk menyelesaikan segala tugas. Tetapi hari ini, bermula daripada pagi sampai petang saya bersenam. Bersenam salam aircond. Kira  bersenam juga la ye?hehehe..

Namun begitu, saya tidak mahu bercerita mengenai peperiksaan atau pelajar di MEDIU ini. Mahu update berkenaan hal semalam. Ada kaitan dengan INI.

He's alone
Itulah adik bongsu saya. Farid Hafizin. Sekarang dia berumur 9 tahun. Saya ni merupakan seorang kakak yang mempunyai 6 orang adik. Saya yang kedua. Yang sulung kakak.

Dia sudah mula menipu lagi. Kenapa? Dia perlukan perhatian. Dia sedang keseorangan sekarang. Saya dapat tahu hal ni pun daripada pengetua sekolah dia. Masa mula-mula saya habis belajar tahun lepas, hanya saya, dia dan ma abah yang ada di rumah. Kebetulan saya kerja di sekolah dia, jadi perhatian pada dia boleh dikatakan agak penuh. Lagipun, kami sangat rapat kerana sejak dia berumur 3 bulan ke atas, saya lah yang banyak jaga dia, basuh kencing berak, dia sakit saya yang jaga. Cuma akhir-akhir ni saya dah lama tak bertanyakan khabar dia sebab saya sibuk. Teruk betul saya ni. huhuhu...

Adik-adik saya yang lain ada juga di rumah sekarang. Yang keempat pun dah mula bekerja. Sama juga adik saya yang keenam. Balik kerja pun mesti dia orang dah penat. Mungkin Farid dah rasa dia tak ada kawan. Masa yang dihabiskan bersama dia sudah kurang atau mungkin juga tidak ada langsung. Ma abah juga sibuk.

Bila saya dapat tahu dia jadi begitu, saya pun turut sedih. Rasa nak menitis airmata. Dah la kat pejabat semalam. Agak bercelaru juga bila fikirkan pasal dia. Jadi saya bercadang untuk pulang ke kampung jenguk dia awal bulan depan. InsyaAllah.

Saya tak mahu dia jadi macam saya. Simpan segala-galanya dalam hati. Saya mahu dia membesar dengan kehidupan yang sentiasa berfikiran positif, yakin dengan apa yang dia buat dan berani.

Bukan macam saya bila dah dewasa baru nak mula membina apa yang sudah tertinggal pada masa dulu.

6 comments:

Zullism said...

kesaian dia..memang betul budak kalau perlukan perhatian dia akan cari jalan bagi orang "perhati" dia...

Areyoudys said...

as salam..
kasih seorang kakak kepada adik.

=)

saya juga terikngat pada adik2 saya yang kini dah membesar.. macam mana pun, masih perlu pantau mereka walaupun sekarang dah tak seceria dulu. tugas seorang abang

=)

moga2 urusan CT dipermudahkan-Nya..
adei..dah banyak miss entri CT. kena add dalam bloglist ni. fungsi dashboard kurang membantu. huhu

Cikgu Jaja™ said...

budak2.mmg attantion seeker kak..biasalah kalo kita terkadang lupa nk beri segala perhatian.. mOving on embracing him.he need u much :)

Unknown said...

@Zullism

saya dah lama tak jenguk dia...sedih bila tahu keadaan dia...huhu

Unknown said...

@Подтверждаю

wslm...

doakan saya dan adik...saya kena balik cepat jenguk dia...huhu

Unknown said...

@Faezah Hannah Al Baj

tula pai...kak tini faham keadaan dia...padahal bukan ramai kat rumah...patutnya ahli2 rumah lain boleh bagi perhatian pada dia...huhuhu