Gambar arwah pada petak kecil
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Saya tidak dapat menahan airmata saya dari menitis. Sebak terasa sangat. Sesampai sahaja ke pejabat, saya buka laman sosial facebook dan melihat gambar tangisan kenalan bekas guru saya di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu yang tidak dapat menahan kesedihan di atas pemergian Cikgu Junaidah berikutan kemalangan kelmarin.
Tumpah juga airmata saya sebaik saja saya melihat wajah arwah. Sungguh, guru-guru MMP sangat saya kasihi. Mereka memberi ilmu tanpa belah bahagi. Tanpa mereka siapalah saya sekarang ini.
Al Fatihah cikgu. Semoga roh cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Aameen.
Berita lanjut di:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matitersepitdepan4anak/Article/index_html

6 comments:
takziah..semoga dia tenang di sana
aameen...
Al- fatihah untuk beliau. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh dan dipermudahkan segala urusan di sana. amin.
aameen...huhuhu
sianye..meninggal sebab excident mmg sedih..huhu dlu pak cik rin pon meninggal bab excident..terkejut dan sedih glew..huhu al-fatihah untuk cikgu tiney n pakcik rin..amin~...:(
thanks rin...
sama2 kita berdoa untuk kesejahteraan arwah...:)
Post a Comment