Assalamualaikum. Sobahalkhair. Kaifik? Ishlounak?
Pagi- pagi ni orang semua mahu bergegas mencari rezeki. Itu bagi yang bekerja. Bagi yang belajar, pagi-pagi lagi kena kejut dengan mak suruh bangun solat subuh dan pergi sekolah. Selalu saya akan mula online di pejabat tapi hari ni rasa nak update sikit sebelum pergi kerja.
Sedikit persoalan yang akan saya letak pada entri terbaru ni untuk mengingatkan sesama kita untuk hari ini dan hari-hari seterusnya:-
1) Dah solat subuh? (tanya solat subuh dulu sebab waktu ni sangat liat kita nak bangun kan?Lagi2 kalau penat)
2) Dah baca Al Quran?
3) Dah mintak maaf dengan mak ayah dan sahabat2 atau orang terdekat?
Sesiapa yang belum buat, ayuh kita mulakan pagi ni dengan niat yang kerana Allah untuk melakukannya.
Doa waktu pagi dan petang:
Dengan namaMu Ya Allah,
Kami meminta pada waktu pagi dan petang,
Bagimu segala pujian pada waktu pagi dan petang,
Kurniakanlah kepada kami dari sisimu petunjuk,
Tunjukan kami jalan kebaikan,
Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah,
cahaya dan jalan kejayaan.
4 comments:
as salam..
alhamdulillah..terima kasih ingatkan pakcik
=)
cuma tang no.3 kat orang terdekat. kadang kala susah untuk dihubungi.huhu..
haih..
Waalaikumussalam...
sama2...:)
Insyaallah cuba buat perlahan2...:)
alhamdulillah, syukur.
thanks for the post.
bagus untuk saling mengingati sesama kita.
bagus dimulakan dengan niat yang betul dan ikhlas.
=)
you are most welcome...
alhamdulillah...sama2 kita saling mengingatkan...:)
Post a Comment