Wednesday, August 10, 2011

Home » , » Ramadan Kareem 10 : Kisah Talut dan Jalut Dalam Surah Al Baqarah

Ramadan Kareem 10 : Kisah Talut dan Jalut Dalam Surah Al Baqarah



Bismillahirrahmanirrahim

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب


Mari sama-sama kita hayati kisah Talut dan Jalut dalam surah Al Baqarah..Moga mendapat manfaat...Kisah ini terjadi pada zaman selepas Nabi Musa ketika orang Bani Israil meminta daripada nabi mereka iaitu Nabi Samuel untuk melantik seorang raja bagi memerangi Jalut yang mengusir kaum Bani Israil dari kampung mereka. 

Jalut merupakan pemerintah yang kejam pada waktu itu (mengikut apa yang diceritakan oleh sahabat saya. Tolong betulkan jika salah...)..Kemudian. Allah mengangkat Talut untuk menjadi raja mereka tetapi mereka membangkang, lalu didatangkan kepada mereka bukti yaitu Tabut, peti kayu berlapiskan emas yang didalamnya berisi ketenangan dan peninggalan keluarga Nabi Musa dan Harun (At Thobari).

Peperangan berlaku di antara tentera Talut dan Jalut. Daud (diangkat oleh Allah menjadi Nabi beberapa tahun selepas pemerintahan Talut) juga ikut serta dan dengan izin Allah Daud berjaya membunuh Jalut.

[246] Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

[247] Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu." Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

[248] Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman".

[249] Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

[250] Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

[251] Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

[252] Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.



Sumber tambahan : http://majlisdzikrullahpekojan.org/content-layouts.html  


11 comments:

Fahmi Mahat said...

errr.. tak mau ulas dari mana2 tafsir ka, cikgu? =)

~CiK TiNieY~ said...

@Fahmi Mahat

tak mau lagi...tak cukup ilmu...hehehe

Munna said...

dah selesai baca surah ni dgn terjemahan sekali... =)

~CiK TiNieY~ said...

@Munna

Alhamdulillah...:)

NURUL HAFIZAH said...

salam, mlmh, jemput dtg iftar jumaat ni kat SMAI, 12 ogos 2011. dtg eh, jngn x dtg taw,!

Niena Pengembara Ilahi said...

Alhamdulillah.. :)
Nina dah baca habis :)

Niena Pengembara Ilahi said...

Alhamdulillah.. :)
Nina dah baca habis :)

chainzz said...

Alhamdulillah... =)

~CiK TiNieY~ said...

@NURUL HAFIZAH

Salam...

Teringinnya nak pergi...muallimah kerja tapi tengok la ye kalau jadi muallimah confirm balik...huhu...

~CiK TiNieY~ said...

@Niena Pengembara Ilahi

Alhamdulillah...:)

~CiK TiNieY~ said...

@chainzz

aameen..:)