Wednesday, September 7, 2011

Home » » Ramadan Kareem 25-29 : Penutupan|Moga Bertemu Lagi

Ramadan Kareem 25-29 : Penutupan|Moga Bertemu Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم إنك تعلم ان هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك ولتقت على طاعتك وتوحدت على دعوتك
وتعاهدت على نصرة شريعتك
فوثق اللهم رابطتها
وادم ودها وهدها سبلها
واملاها بنورك الذي لا يخبو
واشرح صدورها بفيض الايمان بك
وجميل التوكل عليك واحيها بمعرفتك وأمتها على الشهادة في سبيلك
إنك نعم المولى ونعم النصير


'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."
 
 Apa yang saya mahu katakan, syukur sekali Ramadan kali ini berakhir dengan penutupan yang sangat baik. Moga saya diberi peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadan seterusnya. Tarbiyah diri, muhasabah bukan hanya mesti dilakukan pada bulan Ramadan, bahkan setiap hari, setiap masa. Apa-apa kebaikan yang telah kita lakukan pada bulan Ramadan,diharapkan dapat jadi pemangkin untuk bulan-bulan lain. Aameen.

Baru hari ini jemari saya berpeluang menaip sesuatu di sini. Kata Sunah, mood berblog menurun bila tiba hari raya. hehehe....Saya pun tak terkecuali. Kalut kemas barang-barang untuk pulang ke kampung. Sesampai di kampung halaman, kalut kemas rumah dan tolong Ma saya di dapur bersama adik-adik saya. Sempat juga terawih jemaah dengan adik-adik perempuan di rumah dan menjamah hidangan buka puasa hasil air tangan Ma. Budu dan ulam wehh!Pehhh,sedapppp......
 
Ayam masak merah, ulam bendi dan kerabu sotong. Menu yang dah lama saya tak makan. Akhirnya jumpa jugak. sob3

Oh ya, terima kasih tak terhingga pada sahabat-sahabat yang join tadarus bersama saya. InsyaAllah jikalau ada kesempatan kita buat lagi di lain-lain bulan.

Morehnya saya bagi doa di atas untuk kalian. Boleh kan?:)

Entri hari kemudian lah. eheh..Masih tak terlambat lagi rasanya saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..:)


7 comments:

ISZA said...

salam,
semoga tak terlewat untuk akak mengucapkan selamat hari raya..
akak dah masukkan url dalam blog list..
:)

Unknown said...

@cikgu isza

salam..

tak terlambat lagi akak..

terima kasih ye masukkan saya dalam bloglist akak...:)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Lama tak jenguk blog cik tiniey..su pun baru boleh nak berblog balik..tp tak taula lama mano..banyak sungguh ujian...

Unknown said...

@Sufi Al-Arshadiy

takpo su...take your time...sabar deh..:)

Areyoudys said...

as salam..
lama pakcik tak ziarah sini.. pun gaka sibuk lepas selesaim umrah.. hm..tak dapat buat haji..tak dapat visa..

tak mengapa.mudah mudahan kelak dipermudahkan-Nya..ameen..

suka entri ni..tunggu CT update lagi


=)

Unknown said...

@Подтверждаю

waalaikumussalam..

insyaAllah dipermudahkan segalanya...aameen...:)

Roy A said...

Hi nice readinng your post