Bismillahirrahmanirrahim
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?
(Al-Ankabut : 2-3)
Jenguk atau belum?
Haha perasan lah saya ni! Kalau dah lama catatan di sini tidak ada, mungkin sudah ramai yang tidak bertandang atau langsung tidak ada. Yang tekan unfollow pun ada. Tak kisah la...huhu
Kadang-kadang kalau sempat, saya singgah juga blog rakan-rakan lain walaupun tidak meninggalkan sebarang komen. Itu pun curi-curi baca waktu kerja. Agak-agak dah rasa stress sangat kerja, saya cari bahan bacaan santai untuk kurangkan keletihan berfikir. Manusia ni bukan robot, takkan la 5,6 jam kerja tanpa henti kan?
Sekarang saya memang kurang sangat perasaan nak menulis. Agaknya kesembuhan tu dah banyak.
Dahulu tujuan saya menulis blog hanyalah untuk kurangkan kesedihan, keserabutan, kekacauan atau dalam erti kata lain kemurungan! Tiada siapa sedar, tiada siapa tahu malah saya sendiri tidak perasan dengan perubahan diri saya sehinggalah umur saya 25 tahun!
Kira-kira dalam bulan April 2010 saya menyedari semua tu setelah bertemu dengan seorang sahabat, kakak dan juga bekas majikan saya. Dia nasihat saya, dia bimbing saya, dia bantu saya, dia sedarkan saya bahawa saya perlu usaha untuk pulihkan hati saya yang lemah dan sakit.
Syukur...Allah hantar seorang hamba solehah buat menuntun saya ke arah yang lebih baik.
Pelbagai cara dan usaha untuk saya beri ubat pada hati saya. Terkadang ada juga saya tergelincir sedikit, namun saya cuba cepat-cepat bangun balik. Walaupun saya berada di sini dan menjalani hidup untuk lebih tabah biarpun berseorangan, saya tahu insan tersebut sentiasa menitipkan doa buat saya dari jauh nun di sana.
Kemurungan atau Depression merupakan efek kepada tekanan atau masalah. atau kemarahan yang terpendam yang membuak-buak dalam diri seseorang. Mungkin pada awalnya hanya stress biasa, tapi lama kelamaan jika ia dibiarkan terlalu lama bersarang dalam diri kita, masalah kecil boleh tumbuh menjadi lebih besar. Kemurungan akan mengakibatkan perubahan negatif terhadap diri seseorang melalui:-
1) Fizikal
- Badan sentiasa lenguh - lenguh dan cepat letih
- Selera makan mungkin berlebihan atau berkurangan
- Kadang-kadang badan mengalami kekejangan
- Sakit kepala yang berpanjangan atau lebih tepat migrain
- Sembelit
2) Mental
- Amat sensitif, merasa tiada siapa yang mampu memahami dirinya
- Mudah menangis
- Hipokrit pada diri dan individu lain. Terlebih bergelak ketawa seolah-olah dia gembira tanpa ada masalah
- Suka berkurung dalam bilik
- Sukar mempercayai orang lain
- Sentiasa memikirkan perkara yang sedih. Kadang-kadang memikirkan perkara yang tidak realistik.
Apakah cara yang boleh membantu untuk keluar daripada kemurungan?
1) Sentiasa berdoa untuk mendapat sahabat yang baik, sudi mendengar setiap luahan kita sama ada gembira atau sedih.
2) Luahkan lah kesedihan, jangan biarkan tekanan hidup menguasai diri kita.
3) Jika mahu menggunakan pendekatan psikologi, cuba baling bola (jangan baling bola sepak pula, karang habis pecah cermin. hehehe) pada dinding rumah atau mana-mana dinding yang dirasakan sesuai. Bayangkan wajah sesiapa yang kita marah atau benci atau apa-apa saja yang menimbulkan kemarahan dan lempar saja ke arah imaginasi kita. Buat berulang-ulang kali sampai kita rasa lega.
Atau
Lukis wajah yang dimarahi atau benci atas kertas, campakkan kemudian pijak-pijak kertas tersebut sampai kita rasa puas.
4) Waktu hati kita tengah marah atau sedih, baca Bismillah 50 kali dengan bersungguh-sungguh dan khusyuk kerana waktu itu lah syaitan mudah sangat nak cucuk virus penghasut dia.
5) Keluar lah dari tempat yang buat kita rasa marah dan benci. Ramai yang menganggap cara seperti itu lari daripada masalah. Sebenarnya bukanlah lari daripada masalah, tapi berada berjauhan mungkin merupakan salah satu cara untuk ubatkan sakit sebegitu.
6) Lakukan aktiviti yang boleh mengecaskan balik neuron-neuron dalam otak seperti bersukan. Beriadah bersama kawan-kawan.
Setiap sakit ada penawarnya. Jika orang lain tidak boleh berubah, kita yang kena berubah. Jika kita sendiri tidak mahu usaha untuk mencari penawar, siapa lagi yang sanggup buat untuk kita. Hakikatnya, Allah sentiasa ada untuk kita, cuma kadang-kadang kita yang suka menutup hati kita dari mendekati dan yakin pada Dia dek terlalu mudah terpengaruh pada kata-kata yang tidak baik.
Bila kita sedih sebenarnya Allah lah yang selalu memujuk kita di balik helaian-helaian kitab suci Al Quran. Cuma kita saja yang degil tidak mahu mencari kalimah-kalimah pujukanNya. MasyaAllah.
Maka, ingatlah kita pada Allah setiap masa!

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Ali Imraan : 139)
(Ali Imraan : 139)
4 comments:
ehh akak dulu minor psych kan??? hehehe
@Cikgu Jaja™
Yup...awat tanya?hehehe
membaca post kali ni buatkan saya seolah olah melihat sebahagian dari diri sendiri.
penat kan cik tiniey bila melalui keadaan yang macam tu?
letih tu, takyah nak cakap la, tiap malam lepas isya je terus terbongkang.
actually tatau nak tulis apappon, juz bia je jari jari ni menaip kat laman cik tiniey nih.
selamat menyambut tahun baru 1433H.
semoga cik tiniey sentiasa di dalam rahmat & redho Allah swt.
@chainzz
memang penat...tapi alhamdulillah kemurungan tu dah selesai banyak...huhuhu...
tak tau nak tulis?tapi banyak jugak yg tulis kan?hehehe...
selamat tahun baru juga...
aameen...:)
Post a Comment