Bismillahirrahmanirrahim
Makin pantas masa berlalu. Hati seakan tidak mahu melepaskan segala memoir indah. Apakan daya, aku hanya insan biasa menelusuri jalan-jalan yang sudah ditetapkan buatku. Aku hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala perancangan.
Sudah agak lama aku tidak pulang ke kampung. Makanya, bila ada peluang untuk bercuti bagi fasa pertama, aku mintak cuti sederhana panjang. Bukan selalu boleh cuti macam ni. Fasa kedua juga bakal muncul (rahsia majikan,wahahaha)
Teruja.
| Budak-budak tengah exam |
Antara tidak sabar dan berbaur gembira, memang macam-macam yang dirancang dalam kepala ni. Manakan tidak, sibuk sangat kerja sebelum bercuti. Tak cukup tidur, terlebih makan semua ada bila musim exam pelajar tiba. Sampaikan kawan aku habaq aku ni dah tak sabar nak balik walaupun sibuk urus hal-hal exam. Memang betul pun apa dia kata. Apa taknya, malam sebelum balik kampung aku memang tak boleh lena. Teruja kan..
Plan asal ditukar.
Pada mulanya aku mahu bertolak balik Kelantan pagi Ahad, 22 Januari 2012, berdua dengan kawan. Konon la nak berehat secukupnya hari Sabtu akibat keletihan bekerja, tapi saat-saat aku keseorangan di rumah sewa waktu tu, kebosanan yang amat, lalu aku menukar fikiran untuk balik juga Sabtu malam iaitu malam Ahad, konvoi dengan kawan lain. Dalam hati masa tu, "berani ke aku nak drive memalam ni balik Kelantan?"..Huii, mana la aku tak nebes, tambah lagi first time memandu jauh balik kampung nih. Namun, aku tidak cepat patah semangat, aku cekalkan hati. Kami bertolak dengan dua buah kereta, aku dengan Huda. Manakala sebuah lagi Zimah, E dan adik dia. Aku terpaksa drive seorang ditemani Huda. Letih sangat2! Kaki jem lepas sampai ke destinasi. Aku singgah rumah Huda dulu di Pengkalan Chepa untuk caj balik tenaga. Sampai sana kira-kira dalam pukul 5.30 pagi.
Surprise.
Sebenarnya keluarga aku tidak diberitahu plan asal ditukar. Memang terkejut abah bila aku inform dah sampai Pengkalan Chepa. Sengaja aku tidak memberitahunya sebab abah pasti tak boleh lelapkan mata jika dia tahu anaknya memandu jauh, tambah lagi pemanduan tidak ada giliran sebabnya Huda tak berani nak drive. Nasib baik abah tak membebel. hehehe...
Mode Perumah.
Maklum la dah lama tak pulang ke kampung, maka asyik melekat di rumah, jarang keluar jalan-jalan. Aktiviti ziarah pun tak sempat dihabiskan memandangkan aku terpaksa datang awal ke Shah Alam.
Adam Hakim.
Oh budak ini semakin membesar dan kuat menyusu. Bila tiba waktu mandi, senyap je duduk dalam besen Tokma mandikan. Bila Mama Tini nak basuh kencing berak dan pakaikan baju, jarang betul suaranya tidak dibunyikan. Adam Hakim suka orang bercakap dengan dia. Senyum pun dah pandai. Mama Tini rindu Adam!
Universiti Malaya dan Kuala Lumpur.
| wajah ceria adikku |
Hari Khamis lepas aku terpaksa bertolak awal ke sini oleh kerana dikehendaki menguruskan hal adik perempuanku, Fatma. Tumpang bangga sebab dia dapat sambung master di Universiti Malaya. Keesokan harinya, pertama kali juga aku sampai di tengah-tengah Petaling Jaya dengan memandu kereta sendiri, bezanya kali ni ditemani abah. Pening betul jalan KL ni, asyik makan buah langsat je kat situ. Kata abah la tu makan buah langsat, maksudnya sesat! Tekanan betul la drive kat KL ni. Syukur la aku kerja kat Shah Alam yang tak berapa sibuk jalannya. Di KL tiap-tiap hari ada kesesakan jalan raya. Tabik betul la sesiapa yang boleh sabar berada di jalanraya KL.
Selamat tiba kembali.
Alhamdulillah aku sekarang berada di Shah Alam bersama adik. Hari Rabu ni baru aku akan hantar dia mendaftar di UM. Hari Jumaat minggu lepas hanyalah taklimat untuk pelajar Postgraduate baru. Tak tahu la macam mana pula keadaan kami nanti, takut makan buah langsat lagi je..=P
Setitip rasa : Saja mahu guna kata ganti nama 'aku' balik. 'Saya' atau 'Aku' sama saja cuma bunyi nya jadi lain..hehehe...Maaflah terlebih taip la pula..Panjang sikit..
"Pahala besar bila pandang wajah kedua ibu bapa dengan penuh kasih dan ihsan"

No comments:
Post a Comment