Monday, November 5, 2012

Home » » Books Review | Ko KB Ku KL

Books Review | Ko KB Ku KL


Pertama kali saya beli novel yang diterbitkan oleh Studio Anai-Anai. Penerbitannya membabitkan kerjasama dengan Sindiket Sol-Jah. Mengikut apa yang saya tahu, Sindiket Sol-Jah antara penggiat sastera secara indie, mengetengahkan bakat-bakat baru, segar serta lain dari yang lain. Originalnya, Sindiket Sol-Jah adalah sekumpulan lelaki yang dulunya gemar berkumpul di kedai Mamak - berkomplot untuk menyuntik 'pop' ke dalam penulisan mereka. Tidak terikat pada stail seperti keluaran buku dari karangkraf dan alaf 21. Mereka menerbitkan buku-buku mengikut acuan mereka sendiri tanpa mengharapkan kebergantungan besar daripada mana-mana pihak.


Boleh baca di SINI untuk informasi lebih lanjut mengenai Sindiket Sol-Jah.


Novel Ko KB Ku KL ini merupakan hasil tulisan Fadli Al-Akiti.

Ada dua watak utama yang diketengahkan dalam novel ini iaitu Mod dan Luwi. Ceritanya berlatarkan dua tempat- Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Kedua-dua watak berasal dari Kelantan. Feeling-feeling sikit baca novel ni sebab saya juga orang Kelantan. muehehehe. So, memang faham loghat Kelantan dan dapat berimaginasi dengan tempat-tempat yang diceritakan oleh penulis. Cara penyampaian cerita kedua-dua watak ni berlainan. Cerita Mod lebih kepada monolog. Macam teater pun ada. Agak pening di situ tapi unik sebab tak pernah jumpa cara macam ni dari mana-mana novel yang pernah saya baca. Cerita Luwi macam biasa latarnya cuma tutur ayatnya memang lembut untuk dibaca.

1) Luwi Yang Istimewa.

Kenapa saya katakan Luwi watak yang istimewa? Sebab penulis menggarap kisah seorang khunsa dengan baik sekali. Cukup dengan hukum, persepsi individu luar terhadap khunsa, perasaan seorang khunsa, pergolakan jiwanya untuk memilih antara dua jantina. Watak Luwi merupakan seorang yang tahu nilai-nilai murni serta batas-batas agama, batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Berani dan kental menghadapi hidup walau ramai yang mencerca dirinya. Dan akhirnya Luwi memilih untuk menjadi seorang perempuan setelah tidak berapa lama ayahnya meninggal dunia. Dia melakukan pembedahan di Singapura dan di akhir cerita Luwi bukan lagi Luwi tetapi Eliyana.

Kesimpulan Kisah Luwi.

Sebagai muslim dan muslimah, kita jangan mudah menghukum seseorang yang kita tidak tahu kisah hidupnya. Lagi-lagi seorang khunsa, memiliki dua jantina boleh membuatkan dirinya terasa kecil dan kerdil. Jangan mudah kita mahu menghina insan sebegini. Kita mesti kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup. SABAR.

Maklumat lanjut mengenai khunsa di SINI.

2) Mod Yang Agak Nakal.

Si Mod ni memang suka guna perkataan kasar seperti 'nate'(binatang), "dasar kaum Lut mu ni". Seorang yang agak nakal, tak berduit. Ambil telefon bimbit orang lain, kemudian jual sebab nak duit beli tiket ke KL. Mod ni memang suka lari dari masalah. Dia yang timbulkan masalah, lepas tu tanpa berfikir panjang decide nak lari. Frust dengan Irah sebab dah bersuami. Kemudian, ketika dalam perjalanan ke KL,dia cuba mengurat si Shana dalam bas tapi kena simbah dengan air. hahahaha lawak! Entah macam mana, agaknya jodoh, mereka terserempak di bandar KL. Mod cuba masuk dengan cara hidup Shana, buat kerja-kerja amal dengan Shana, menyertai konsert gig indie. Menariknya, Mod juga mampu bersastera, main gitar dan mendendangkan lagu dengan rentaknya sendiri. Di akhir cerita, Mod mahu lari lagi dari manusia yang mengejarnya tetapi tidak jadi disebabkan sudah jatuh cinta dengan Shana.

Kesimpulan Kisah Mod.

Adakala hidup kita memang huru-hara. Ada jatuh dan bangunnya. Tapi jangan biarkan diri kita tenggelam dan hanyut dengan libang-libu hidup kita. Hidup lah beragama, hidup berpandukan Al-Quran dan As Sunnah. Jangan mudah menghalalkan yang haram, dan jangan senang-senang mengharamkan yang halal. Hidup kena ada fokus dan matlamat, baru lah hidup kita teratur. Hidup kerana Allah.

Sekian ulasan picisan dari saya yang tidak profesional. Anda ada pendapat yang mahu diutarakan?

7 comments:

Fatrim Syah said...

menarik review ini Kak Embun Melati. Sudah lama ingin tahu apa ke benda Sol Jah. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan dalam buku 'Ko KN Ku Kl' ni. Thanks kak. Nanti bolehlah singgah2 tengok saya review buku dalam blog rasmi saya, http://pearlpett.blogspot.com

Unknown said...

Fatrim Syah:

Sama2..:)

Part cerita si Mod tu agak pening nak baca. Tapi keunikannya tetap ada..

InsyaAllah akan singgah ke sana..:)

Unknown said...

Ayie Abbas:

itu uniknya penerbit buku indie ni..lain dari yang lain..tak meletakkan syarat tertentu dalam berkarya...

shameel Iskandar said...

menarik juga nampaknya novel ni. Kebetulan juga sy ni minat novel n cerpen(stkt ni 10 buah cerpen sy prnah disiarkn kat beberapa majalah n surat khabar).

p/s: kt mana yer boleh dpt novel ni or beli cra online jer..

Unknown said...

Shameel Iskandar:

Memang menarik sangat2..:)

Bagus lah,apa lagi terbitkan lah buku..boleh saya baca..hehe

saya beli online je dari studio anai-anai..:)

Tinta Lana said...

Salam.

Embun..singgah jenguk review buku tulisan embun. Studio anai2.. pernah dengar tentgnya. Cuma belum pernah cuba mendapatkannya.

Sekarang, mengumpulkan fixi. Sejenis jugalah dgn mereka.. Lejen press pun mcmtu juga. Tak dinafikan, stail penulisan sgt berbeza dari penerbit2 tempatan yg lain.

Fadli Akiti said...

terima kasih tidak terhingga saya kepada cik atas kesudian mengulas dan mengintepretasi novelet kecil ini sebegitu sekali. Alhamdulillah, saya terdiam bahawa cik dapat menangkap apa yg ingin saya sampaikan. Sememangnya buat saya, Luwi lebih teguh drpd Mod walaupun Mod tentu akan menjumpai "dunia" siratnya yg lebih betul. Dan KB merupakan ruang paling indah untuk itu. TK.