Ros menghayunkan kakinya dari depan ke belakang dan begitulah sebaliknya selepas puas bersila. Dia masih lagi mengizinkan hatinya melayan perasaan damai di situ. Sedang asyik terseyum melihat gelagat manusia, dia terdengar suara garau memberi salam.
"Assalamualaikum cik adik", sapa si pemilik suara garau itu.
Ros menoleh sekilas sambil menjawab salam pemuda itu.
"Waalaikumussssssssalaaaaaam".
Ros terpempan. Agak terkejut dengan kehadiran Wazif dan Bakri.
"Apa mamat berdua ni buat kat sini?", hatinya berteka teki.
"Kau sihat Ros?", soal Bakri.
Wazif hanya tersenyum saja di sisi Bakri.
"Aku sihat alhamdulillah. Apa mimpi kau orang berdua datang ke sini?", Ros menyoal mereka berdua dengan penuh tanda tanya.
"Ni Wazif ada hal nak cakap sikit dengan kau", Bakri menjawab dengan tenang sambil menjungkit kening sebelah kanannya sedikit pada Wazif.
Sebaik sahaja Bakri menyatakan niat kehadiran mereka, dia terus berlalu meninggalkan Wazif dan Ros berdua serta menuju ke pangkin tidak jauh dari tempat mereka berada. Jadi pemantau tak bertauliah.
Wazif menggaru kepalanya yang tidak gatal. Seingatnya, mereka memang tidak pernah berbual atau berbincang walaupun pernah sekelas di universiti. Senyum saja jika terserempak di mana-mana.
"Errr..awak sihat?", Wazif cuba memulakan bicara.
"Eh, berawak awak la pulak kau ni. Rimas lah aku. Sihat jeeee", Ros menjawab seringkas mungkin.
"Kata ada hal nak cakap dengan aku, apa dia?", Ros bertanya tidak sabar walaupun hatinya agak berdebar-debar dengan reaksi dan kehadiran Wazif secara tiba-tiba.
"Kita kahwin Ros. Kau sudi tak?", tidak semena-mena Wazif menyatakan hasratnya dengan berani.
Muka Ros merah padam tiba-tiba. Terasa mukanya panas dek malu yang teramat.
"Gedebukkkk!"
Aduh sakitnyaaaa punggung akuuu..Ros melihat sebelah kanan, kemudian sebelah kiri semula. Ehhhh mana Wazif tadi? Mana pantai indah panaromanya?
Alahaiii gurauan apakah ini? Waduh!
4 comments:
salam, kalau u hasilkan e-book mengandungi novel n antologi cerpen saya rasa pasti laku bila u jual...give it a try!
Daddy Zuki:
Wslm..
InsyaAllah kalau ada rezeki..Masih sedikit ilmu nak menulis..:)
ross...tengah berangan ker tu..... sampai kedebuk!
Remy Hazza:
Bukan setakat berangan tapi bermimpi!hehe
Post a Comment