Thursday, December 27, 2012

Home » » Pelit | Bila Ku Marah

Pelit | Bila Ku Marah



Aku marah. Ya amat marah. Suasana pagi ku dihiasi dengan amarah menggila. Marah bila disakiti. Marah apabila tidak dapat apa yang diingini. Marah kerana belasku tidak bersambut. Marah kerana ketidakmampuanku merungkai masalah. Marah bila ku rujuki masalah pada manusia. Manusia versus manusia. Juga manusia tidak dapat menyelesaikan masalah apabila tidak diizinkanNya.

Aku hanya menangis. Refleksi rasa amarahku. Kerana aku tidak dapat lontarkan rasa amarahku pada manusia. Aku punya hati, sememangnya aku akan menitiskan airmata.

Usai menangis, aku bangun dari kerusi dan cuba menelan amarah dengan melakukan kerja-kerja yang sepatutnya aku buat. Mimik muka aku tidak dapat diselindung. Aku sudah tidak peduli apa yang terjadi pada wajahku. Yang aku tahu aku mahu hapus rasa amarahku.

Lewat waktu, amarahku sedikit demi sedikit hilang ditelan masa dan ketika.

Benarlah jika kita sabar, ada ruang-ruang rahmat yang Allah curah. Ada jalan-jalan yang boleh ditelusuri dengan baik. Antara sedar atau tidak, itulah janji Allah.

Dan..bukan diriku saja yang menangis hari ini. Ada jiwa-jiwa lain yang turut merasai emosi yang sama lantaran mulut-mulut manusia sendiri.

Adakah itu tandanya hubungan kita dengan Allah masih belum kukuh? Masih belum gagah untuk mengikat tali-tali hubungan sesama manusia?

"PELIT (Personal Literature) atau dalam erti kata yang lebih mudah difahami ialah Jurnal Peribadi."


4 comments:

Unknown said...

amarah yg membara........
bila dilayan...makin hangat terasa....

Unknown said...

Remy Hazza:

Nasib baik dah hilang amarah ni..hehehe

Faarihin said...

akak marah lagi ke? sabar yer kak.. =)

Unknown said...

Faarihin:

Dah hilang pun marah..hehe