Tuesday, January 15, 2013

Home » » Cerkon | Part 2 - Tak Jadi Lah Mama!

Cerkon | Part 2 - Tak Jadi Lah Mama!


"Rosssss oooo Rossss!! Bangun bangun lah, anak dara apa lah kau ni! Matahari sudah naik segalah tegak atas kepala dah! Bangun cepattt, Mama ada berita penting nak beritahu ni!"

Sambil menggosok punggungnya, Ros bangun perlahan-lahan dari atas karpet, memangku sisi katil untuknya bangun.

"Ya lah ya lah nanti orang turun bawah la maaa!Lima minit!".

"Lima minit, lima minit!Tak habis-habis dengan lima minit kau tu!Cepat sikit turun makan!".

Dari luar pintu kamarnya, gegendang telinga Ros menangkap butir bicara Mama yang terus-terusan membebel sehinggalah suaranya hilang di balik dinding-dinding rumah.

Ros mengemas katil bujangnya ala kadar, kemudian menuju ke kamar mandi. Berus gigi dicapai dan disapunya juga ubat gigi Mukmin lalu digosoknya barisan gigi selaju mungkin. Selang beberapa minit, Ros mencuci mukanya yang amat berminyak dengan menggunakan Safi Balqis biru. Mandinya juga dipercepatkan.

Lima minit dalam kamar mandi! Siap!

Bersiap ala kadar juga lima minit! Semua jadi sepuluh minit! 

Memang sah kata-kata Mamanya. Lima minit memang tidak pernah tertunai. 

"Mama mana nasi gorengnya?Tadi aroma nasi goreng Mama menusuk hidung betul"

"Hah, kalau makan cepat saja. Sempat lagi masuk dalam hidung tu!"

Ros hanya tersengih memandang Mama.

"Ambil sendiri nasi goreng. Mama dah letak atas peti sejuk tu khusus untuk anak dara yang suka tidur sorang ni!"

Perutnya berkeroncong dengan hebat mendengarkan sahaja Mama nya menyebut nasi goreng yang diletak atas peti sejuk. 

"Ni Mama nak beritahu Ros, Mama dah terima pinangan Haji Zakaria untuk anaknya Zaim dengan Ros."

Hampir tersembur butir-butir nasi dari dalam mulutnya mendengar perkhabaran yang sangat enak tersebut. Terlebih enak daripada nasi goreng.

"Mama ni kenapa tak tanya Ros dulu setuju ke tidak?"

Seleranya tiba-tiba terbantut.

"Zaim tu baik budaknya Ros. Mama pun dah kenal lama dengan Haji Zakaria, apa salahnya bermenantukan anak kawan baik Mama".

*******

Tinggal sehari lagi hari pernikahannya dengan Zaim. Semua persiapan sudah selesai. Namun berat sungguh hatinya mahu mengkhabarkan perkara sebenar yang telah berlaku pada Mama.

Demi tidak mahu hidupnya huru-hara, dikuatkan juga semangatnya untuk meleraikan segala yang terkusut dalam benak kepalanya.

"Mama, Ros tak jadi lah nak kahwin dengan Zaim"

"Dia sebenarnya sudah beristeri. Isterinya sedang sakit teruk di hospital."

Semuanya terungkai ketika Ros terserempak dengan Zaim ketika ingin menziarahi sahabatnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang seminggu sebelum tarikh pernikahannya.

Bagaimana Zaim sanggup menikahi perempuan lain sedangkan isterinya sedang bertarung dengan kesakitan yang tidak tertanggung?

Ros tak boleh terima hakikat tersebut kerana dia juga seorang wanita. Dan Mama hanya diam seribu bahasa.

____

Nota Embun Melati : Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Boleh tolong fikirkan sebabnya tak? Nak sambung cerita lagi niiii..hehehehe

2 comments:

TiranaAduka said...

tirana aduka dtg melawat

Unknown said...

Tirana Aduka:

Terima kasih di atas kesudian menyinggah..:)