Thursday, January 17, 2013

Home » » Pelit | Ujian, Dugaan, Tekanan dan Bebanan

Pelit | Ujian, Dugaan, Tekanan dan Bebanan


Sumber gambar dari google.

Rupanya tidak senang mahu menguruskan urusan sambung belajar ni. Macam-macam dugaan datang. 

Dugaan pertama yang aku dapat ialah sebelum membuat keputusan untuk memohon dan memilih kursus yang sesuai dengan kehendak hati sendiri. Kenapa aku terduga kat first step lagi?

Sebabnya aku sudah ada komitmen terhadap kerjaya dan juga kereta. Lama aku menelah dan berfikir mahu menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Mengambil masa setahun juga untuk membuat keputusan.

Second step masuk selepas membuat permohonan dan diuji lagi apabila pihak CPS (Centre for Postgraduate Studies), IIUM lambat mengkhabarkan status aku diterima belajar di sana. Sepatutnya aku mula belajar pada semester September 2012. Tapi disebabkan kelambatan aku menerima surat tawaran belajar, semester tersebut terpaksa ditangguhkan ke semester sekarang iaitu Februari 2013.

Tangguh kenapa? Kerana aku diwajibkan memberi notis berhenti kerja sebulan pada majikan. Aku mohon belajar sepenuh masa bukan separuh masa. Keputusan nak berhenti kerja pun bukan satu keputusan mudah mahu dibuat. Aku istikharah, kemudian dalam masa 3 bulan aku mula buat persediaan yang sepatutnya sebelum berhenti.

Third step terjadi apabila aku dalam proses menyudahkan apa yang dikehendaki oleh pihak universiti seperti X-Ray dan mengisi borang-borang yang mesti dilengkapkan. Ujian sekali apabila aku tersalah isi borang laporan kesihatan. Sepatutnya borang yang aku mesti lengkapkan bertanda "for Malaysian Students" tapi alangkah malangnya yang ditulis rupanya "for International Students".

Nasib baik tergerak hati pagi tadi mahu re-check nombor akaun untuk pembayaran yuran. Lalu tertengok juga kesilapan yang telah aku buat. Maka, borang yang sepatutnya diisi terpaksa aku pos semula ke Kelantan memandangkan X-Ray aku buat di Pasir Mas. Terpaksa manja dengan abah lagi minta tolong dia hulurkan borang pada jururawat untuk dicop.  

Fourth step berlaku apabila aku membuat permohonan cuti tahunan sebanyak sehari sahaja kepada majikan. Sehari sahaja. Ulang sekali lagi, sehari sahaja. Sehari untuk hari pendaftaran Master minggu depan. Tarikh terakhir aku kerja ialah 30 Januari ni. Jadi cuti tahunan yang aku dapat hanya dua hari. Campur baki cuti tahun lepas sehari. Maka tiga hari cuti tahunan aku ada tahun ni.

Ujian kat sini ialah permohonan cuti aku ditolak! Memang hati betul-betul panas! Bukan seminggu ke sebulan aku pohon cuti. Sudah la dah nak berhenti, masih tidak mahu bertimbang rasa pada staf.

Ujian, dugaan, tekanan dan bebanan!

Kita tidak boleh lari dari semua tu. Kita pasti akan diuji Allah. Uji sejauh mana kesabaran kita menghadapi hidup. Allah uji sejauh mana kita bergantung harap kepadaNya.

Dalam keadaan macam ni, kepada Allah sahaja pergantungan sepenuhnya. Again :-

USAHA > DOA > TAWAKKAL > SYUKUR

Ingat Fatini ingat!

Ayuh kuatkan semangat lagi walau badai datang melanda sekalipun!

"PELIT (Personal Literature) atau dalam erti kata yang lebih mudah difahami ialah Jurnal Peribadi."

11 comments:

Cikgu Jaja™ said...

org yg hebat jiwanya selalu diuji kak tiniey sayang,,

banyak2 bersabar :)

Unknown said...

Cikgu Jaja:

Tiada yang hebat selain Allah S.W.T

:)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

إن مع العسر يسرى
InsyaAllah dipermudahkan jalan nati...
Ada seribu kesenangan disebalik kepayahan tu.
Will be Dr Tini soon? Hehe...
Selamat melangkah ke university kembali tini!!!

Cikgu Jaja™ said...

ya..Allah maha hebat

kak tiniey chaiyok2! :)

Unknown said...

Ayie Abbas:

Waalaikumussalam.

Salam Maulidur Rasul.:)

Ujian tetap akan ada seiring dengan peningkatan umur dan komitmen dalam hidup. huhu

Sufi Al-Arshady:

InsyaAllah semua akan dipermudahkan. Sabar akan sentiasa dipahat dalam jiwa.

Dr. Tini?. Aameen..:)

Cikgu Jaja:

Terima kasih untuk pemberian semangat..:)

TiranaAduka said...

salam sis....
Setiap dugaan itu ada hikmahnya ....ada maksud yg tersirat jika di telikan...dan Allah tidak akan menguji seseorang itu tanpa sebab musabab.....
Ingatlah sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman...


p/s... Maaf sis telah lama TA minta alamat surat menyurat dari sis...mungkin sis terlepas pandang.....jika sis tak keberatan.....TA nak alamat sis ada sedikit saguhati dari TiranaAduka buat sis....
Thanks

Unknown said...

Tirana Aduka:

Waalaikumussalam.

Betul tu. Kita je kadang2 buat2 tak faham dan tak yakin dengan Allah S.W.T. huhu

Terima kasih sangat2 bagi saguhati kat saya. Alamat saya dah hantar ke email Tirana Aduka..:)

TiranaAduka said...

salam em
Lawatan malam.

Unknown said...

Tirana Aduka:

Wslm.
Terima kasih atas lawatan..:)

TiranaAduka said...

dah ada febrication untk komen ye..erm..maaf tanya kenapa pasang..byk komen spam ke?

Unknown said...

Tirana Aduka:

Ya, spam terlalu banyak masuk dalam email. Terpaksa pasang verification. Huhuhu.