Antara kawan dan sahabat.
Bagaimana kamu semua mendefinisikannya?
Adakah maknanya sama?
Jika mengikut kamus, maknanya ada yang sinonim. Ada juga yang menterjemahkan sahabat itu sebagai teman yang amat rapat.
Kita semua kawan. Bezanya tak semua daripada kita sahabat.
Ramai yang berpendapat sahabat itu ikrab yang sanggup bersenang-senang dan bersusah-susah dengan kita. Sentiasa ada memberi sokongan dan kasih sayang. Dia faham kita. Dan kita faham dia. Menerima diri masing-masing seadanya.
Saya juga punya ramai kawan. Tapi sahabat sukar ditemui. Kadang-kadang Allah pinjamkan sebentar saja seorang sahabat buat saya.
Adakalanya tidak disangka seorang kawan boleh jadi seorang sahabat. Tapi kita kena realistik, kasih dia bukan hanya untuk kita.
Kadangkala, ada juga kawan mengambil kesempatan di atas kebaikan kita beri.
Bila mana saya menonton drama berkisarkan persahabatan, saya cemburu melihat keakraban, keserasian dan kasih sayang antara mereka. Saya menangis. Kerana sukarnya saya menemui sahabat.
Adakah kesukaran menemui sahabat ini disebabkan oleh kelemahan hubungan saya dengan Allah?
Nota : Tidak semua kehendak kita akan dapat. Itulah hidup.
5 comments:
betul.. ada beberapa peringkat, kenalan, kawan dan sahabat.
Aiman:
Kepingin seorang sahabat yang benar2 sahabat.Huhuhu
salam
Nice kupasan tini
kawan mudah dicari...tapi sahabat sukar dimengerti......... tak semua kwn boleh jadi sahabat.....
Tirana Aduka:
Tak kupas apa2 pun.Hehehe.
Remy Hazza:
Aha,betul tu.:)
Post a Comment