Saturday, May 4, 2013

Home » » Pelit | Selamat Mengundi!

Pelit | Selamat Mengundi!

Assalamualaikum.

Mesti ramai di antara kita yang sudah berada di kampung masing-masing kan?

Esok merupakan hari pangkah pemimpin.Jadi pilih lah pemimpin yang terbaik. Pilihan di tangan anda.

Musim mengundi kali ini merupakan pengalaman pertama saya.Melihatkan gambar calon-calon di sekitar bandar,saya rasa saya dah buat pilihan. Sama-sama kita nantikan keputusannya nanti. Semoga pilihan raya tahun ini bakal memberi impak yang lebih baik pada agama, negara dan juga rakyat Malaysia.

Jadi mengundilah dengan harmoni tanpa ada caci maki mahu pun hina menghina sesama kita.

Berdebar juga nak mengundi walaupun berbekalkan informasi penting dari Abahku,orang lama dalam pengalaman mengundi.

Selamat mengundi esok hari!

No comments: