Wednesday, June 12, 2013

Home » » Pelit | Galau Hati Ku Sendiri

Pelit | Galau Hati Ku Sendiri


Menjalani kehidupan sebagai seorang wanita yang masih belum berkahwin, jauh di perantauan adakalanya menerbitkan buku kesesakan sepapan dada. 

Ku kira, terkadangnya aku persis lelaki. Menghayun langkah selaju mampu. Mencari sesuap rezeki demi diriku, fikirku tidak mahu lagi menyusahkan kedua ibu bapaku. Masih segar lagi di ingatan, tika siang dan malam bagiku sama. Membanting tulang, mengerah tenaga. Membela diriku sedemikian rupa. Berbekal semangatku sendiri saja. Natijahnya tidak ku sangka. Perit derita hanya aku merasa.

Untuk kesekian kalinya, aku bergelar seorang pelajar.
Untuk kesekian kalinya, aku bergelar seorang pembantu kajian.
Untuk kesekian kalinya, aku bergelar seorang guru.
Dan untuk kali ini, akulah pelajar, akulah jua guru.

Menadah ilmu, juga berkongsi ilmu.

Usai pulang dari kerja hari ini, aku singgah membeli makanan di Cafe HS. Kepala pusing tidak terkata, tetapi aku gagahkan juga kaki dan minda supaya selari untuk menempah menu yang ku rasa tekak ini boleh terima dengan redha.

"Kak, bihun dengan sup asing ya?"

"Tulis di bawah nak kuah asing".

Begitu kehidupan. Manusia melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. Ada yang mudah faham, ada yang tidak mudah untuk faham. Sudut pandangan saja berbeza, rencah hidup saja beda, namun diciptakan manusia untuk sebuah kehidupan berpaksikan tujuan yang satu saja, iaitu Allah Yang Esa.

Lebih kurang 15 minit menunggu menu petangku siap, sambil berbalas mesej di whatssup dengan teman-teman Markaz Rindu.

Aku senyum.

Tapi...

Jauh di sudut hati, aku masih rasa sendiri.

Tuhan, beginikah rasanya sendirian di kamar bumimu?

Aku turuti lagi kakiku ke mana saja ia mahu melangkah. 

Sepasang kakiku singgah di bangku kayu yang sebahagiannya rosak, juga masih berbagian untuk diduduki punggungku. Bangku itu mengadap riverside UIA. Betul-betul berhadapan dengan Dar Al Kutub.

Aku berbalas whatssup lagi dengan teman. Sambil mulutku asyik mengunyah jambu batu dengan asam. Rasa manis, masam dan masin bercampur. Enak sekali.

Barangkali inilah ketentuan hidupku. Manis ada, tengahnya masam, akhirnya kelat-kelat pahit. Kelat pahit itu perlu usaha untuk ditambah kembali kemanisan. Untuk menambah kemanisan bukan mudah, kerana pahitnya pedih, membuatku menangis. 

Itulah aku Embun Melati.

Hari ini aku galau.
Esok aku kan terus merantau.

No comments: