Sunday, October 6, 2013

Home » » Puisi | Faiz, Fatini & Raihan; Suatu malam di bukit Ampang

Puisi | Faiz, Fatini & Raihan; Suatu malam di bukit Ampang

Faiz, Fatini & Raihan; Suatu malam di bukit Ampang
Kisah-kisah yang takkan datang di siangnya

Faiz
Aku memang sukakan sentimental
aku memang sukakan malam-malam yang begini
yang tiada siapa pun
menjadi seperti kita
di malam ini

Fatini
Aku memilih untuk dicinta
Kerana aku mampu memberi cinta
Kau laut cinta
Aku ombak rindu
Kau pantai
Aku pepasir
Dalam kesunyian itu
Cinta aku
Adalah rasa

Raihan
Malam ini
Aku mengintai di balik sepi
Erti sebuah perkawanan
Dalam lautan kasih sang kekasih
Kata kau, antara persahabatan
Dan percintaan
Kau memilih
Nilai sebuah persahabatan

Faiz, Fatini, Raihan
biar malam ini
menjadi momen
tentang sepi, cinta dan kecewa
tentang kita, dia dan mereka

Ampang Hill
Faiz, Fatini & Raihan.
6-10-2013

No comments: