Ni, tika dikau malam, kau gelap pudar
Ni, kau tidak gementar
mengikutiku.
Ni, pegang tanganku Ni
genggam sehabis kuat Ni
aku mahu lari tanpa henti
denganmu Ni.
Aduh Ni,
gemintang tidak ada malam ini
harus bagaimana kita pergi
kejar kunang-kunang ku mahu cari
Ni oh Ni, kau ke mari
kau nampak Ni?
kau lihat di sana Ni
apakah ku hanya bermimpi?
Duhai Ni..awanan putih di langit, gebu menggumpal. Ni, lembutnya- aku ambil ya Ni
anjal umpama kapas.
ku mahu jadikan ia bantal peraduan-tulus
buat lena malam-malam kudus
agar hari-hari senyum terukir mulus
Alangkah indah Ni
jika diriku masih denganmu Ni
alangkah bahagia Ni
andai gemintang itu milik kita
andai kunang-kunang terbang ria
andai awan tidak senja
Ni nanti dulu Ni....
ku masih belum puas
bermain, melukis, mewarna atas kertas
mencipta rantai emas
tapi...panas Ni, panas!
telapak tanganku panas
titis demi titis
mengairi kebasahan deras
Ni...apa kau menangis?
Embun Melati,
Mahallah Ameenah,
27/10/2013.
(Aku mahu kembali sepertimu Ni)

No comments:
Post a Comment