Friday, February 21, 2014

Home » Aku Masih Ada Kamu

Aku Masih Ada Kamu


Assalamualaikum.

Atas dasar apa sebenarnya kita bersahabat? Bila direnung kembali, jarang sekali kita bersahabat kerana Allah. Kita ditemukan dengan pelbagai sebab yang tersendiri. 

Jika ikatan persahabatan itu didasarkan pada satu perasaan sepi, ikatannya bisa terlerai. Apabila sepi itu kian menghilang, sahabat yang kau katakan bertemu kerana sepi, kau mula mencelah di ruang lain yang membuatkan diri kau tenggelam dalam keseronokan dan kesenangan, lalu kau lupakan aku. Sedangkan ketawa kita dahulunya seolah tidak berhenti, merencana segala impian dan harapan yang indah-indah agar hubungan kita kukuh. Sama-sama menghirup angin laut, menyentuh air pantai. Masihkah kau ingat kita berbicara atas pepasir, merasai sepi dalam diri? Saat cinta dalam diam kau kunci dalam hati. Saat cinta itu tidak menjadi milikmu. Aku...kau temui ketika kau sepi. Ketika kau sunyi..ketika kau menangis dalam hati.

Ah, aku hanya memegang perca kenangannya kini. Kerana aku tahu sepi yang jadi pasaknya tidak akan ke mana. Aku hanya lah benang lama dan usang. Dijahit pada kain jika benang lain tiada.

Begitulah persahabatan yang dipacakkan pada satu rasa SEPI.

Berlainan pula persahabatan yang dikasihi kerana Allah. Sahabat begini, di bibirnya tidak akan pernah hilang nama Allah. Setiap bicara dia menenangkan. Andai kita silap, dia menegurnya dengan penuh kasih sayang. Aku sentiasa rindu Kakak. Kerana Allah menghantar dia untukku melangkah keluar sedikit demi sedikit dari kemurungan. Biarpun kami jauh, aku tahu dia sentiasa mengingatiku. Entah mengapa, aku tidak pernah berkecil hati seperti sekarang kepadanya. Mungkin kata-katanya sentiasa lembut. Adakalanya dia hanya diam kerana tidak mahu hatiku terluka. Selain itu, jubahku dan lain-lain berada bersama dia. Dia sangat suka barang 'second hand', kerana katanya ia membuatkan kasih sayangnya terhadap pemilik semakin bertambah dan dekat di hati. Setiap apa aku beri, dia hargai dengan sepenuh hati. Paling mengharukan, dia sentiasa memelukku setiap kali kami berjumpa dan berkata I Love You. Walaupun dia jarang sekali menziarahiku, aku tidak kisah bila aku yang selalu menziarahinya setiap kali balik kampung. Kerana hatinya ikhlas menerimaku dan tidak membuangku dari kehidupannya.

Kini ku mengerti beza bersahabat kerana Allah dan SEPI.

Yang lebih baik adalah kerana Allah.

Biar hati begitu terguris, aku masih ada kamu Kakak.

No comments: