Dari dulu setiap apa yang aku buat, keputusan aku yang buat sendiri. Tidak ada orang yang guide. Guide aku hanyalah doa. Kerana setiap kali aku pohon guide daripada orang terdekat, aku tidak diberi cadangan dan sokongan.
Dalam hidup, apa yang aku dapat simpulkan daripada sikap membuat keputusan sendiri, membantu aku untuk hidup lebih berdikari dan tahu apa yang aku buat. Walaupun tidak ada yang menyokong aku dari belakang, hanya segelintir saja. Aku tahu, jika aku tidak berani membuat keputusan sendiri, aku tidak akan ke depan seperti sekarang. Biarpun, dalam perjalanan untuk mencapai satu-satu keputusan, hati aku terluka, aku menangis seorang diri, aku tetap akan kuatkan hati untuk lakukan apa yang aku rasa terbaik untuk aku.
Sejak dari tahun 2009, blog ni lah peneman aku membebel sebahagian keluh kesah yang aku rasakan tidak tertanggung dalam hati.
Manusia lain tidak dapat melihat dari dalam kehidupan kita, tetapi lebih memandang kepada isi luar kulit hidup kita. Apa-apa yang terjadi, mereka tidak akan bertanya susur galur penyebabnya, malah lebih menghukum pada sikap kita yang membuat keputusan sendiri. Bukankah hidup ni ada trial and error orang putih kata? Sepatutnya mereka membantu kita apabila keputusan yang telah dibuat apabila kesannya tidak berapa memuaskan. Ni tak, menyalahkan kita 100%. Tak terfikir ke kita, mungkin keputusan yang dibuat disebabkan sikap manusia begini juga? Dan lagi satu, jangan dilupa, yang menentukan keputusan kita menjadi atau tidak adalah Allah, bukan diri kita sendiri atau orang lain.
Lagi pilu bila insan terdekat hanya mencari kesilapan dan menuding kita atas apa yang berlaku. Depan cakap lain, belakang dikutuknya kita.
"Itu pilihan kau untuk buat. Kau yang suka buat keputusan daripada dulu".
Kerana itu, aku lebih memilih blog yang tidak ada mulut dan perasaan untuk aku bercerita. Apa-apa keputusan aku buat, aku berani tanggung. Baik atau buruk aku akan tanggung. Aku tak pandai meminta-minta. Andai keadaan memaksa aku untuk meminta pertolongan, cukup lah sekali saja jika orang teragak-agak untuk hulurkan pertolongan.
Aku terlalu menjaga hati orang daripada hati aku sendiri. Kadang, aku lakukan perubahan untuk jaga hati orang. Dan akhirnya perubahan yang baik itu juga tidak dapat memuaskan hati mereka.
Jadi, aku akan terus buat keputusan hidup aku sendiri tanpa meminta guide daripada manusia. Aku akan pakai the absolute guide daripada Dia.
Kerana manusia tertentu akan terus menuding aku apabila ada liku-liku yang menghalang aku untuk capai keputusan tersebut.
Petunjuk yang paling gagah adalah daripada Dia.
Jom Al-Kahfi hari jumaat yang indah ini.
No comments:
Post a Comment