Thursday, June 30, 2016

Home » Kronologi ECTOPIC (Kandungan Luar Rahim)

Kronologi ECTOPIC (Kandungan Luar Rahim)


Day 1 (10 June 2016).

Badan mula letih bila masuk waktu tengahari. Hari pertama puasa, memang pancit sangat. Hampir pitam juga. Memang tak mampu nak puasa dengan anak full breasfeed. Apatah lagi bila tahu saya mengandung. Hari kedua sehingga hari ini saya teramat pancit untuk berpuasa. Lagi-lagi Marjan makin kuat menyusu sejak semakin membesar walaupun dia sudah boleh makan. Dalam pukul 2.30 macam tu, lower abdomen mula bertambah sakit. Berjalan sakit, duduk pun sakit. Rancang nak masak tengahari tapi tak larat. Lepas jumaat terus ajak suami pergi klinik. Tapi, klinik ibu dan anak di Gombak menyuruh saya terus ke Hospital Kuala Lumpur. Dalam jam 3.30 petang gitu terus ke Hospital Bersalin. Kemudian, saya dibawa ke Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU). Lama pemeriksaan dilakukan sampai saya beritahu suami agar pulang ke rumah dahulu dengan anak yang tengah menunggu dalam kereta.

Part prosedur pemeriksaan ini lah yang boleh buat ibu hamil fobia. Beberapa alat yang menyakitkan digunakan.  Allahu sakitnya lah. 3,4 orang doktor cek. Scan perut tak nampak baby. Saya masih rileks waktu ni sebab mengandung Marjan dulu pun memang belum nampak. Siap cakap dengan doktor lagi, “ke saya tak mengandung pun?”, doktor senyum je tanpa hiraukan gurauan saya. Dulu mengandungkan Marjan, dalam 5 bulan macam tu baru nmpak scan. Sampai lah part doktor scan bukan cara biasa, mereka mula assume ada fluids dalam tiub fallopio dan mengatakan ianya leaking dari baby dan mengatakan saya ada mengandung luar rahim atau dalam bahasa saintifiknya Ectopic.. Kemudian, doktor terus kata kami kena buat laparoskopic, guna kamera kecil untuk tengok isi tiub fallopio. Saya sudah mula cemas. Solat asar masih belum ditunaikan sedangkan waktu tu sudah menginjak ke pukul 6.45 petang. Saya minta dengan doktor dulu untuk solat asar.

Selepas saja solat asar, doktor ambil sampel darah saya. Untuk tujuan apa, saya tidak tahu. Saya menunggu suami datang balik ke hospital. Dalam pukul 7 malam suami sampai, lalu doktor dengan cepat datang ke arah saya dan suami untuk menerangkan mengenai prosedur pembedahan. Mendengar saja pelbagai komplikasi yang akan berlaku jika pembedahan tersebut dilakukan, saya mula bimbang dan takut. Doktor mendesak saya membuat keputusan dengan cepat. Dalam kata lain, sebenarnya doktor tidak mengizinkan saya untuk berbincang dengan suami. Tapi, saya tegas mengatakan saya mahu berbincang dengan suami sekejap sebelum saya menurunkan tandatangan setuju dengan pembedahan. Saya menangis. Cuba call mak, tak berangkat. Saya call abah memberitahu semuanya. Ibu bapa mana tidak risau mendengar perkataan bedah. Saya menangis semahunya, saya cakap dengan suami saya tak nak teruskan pembedahan ini kerana hati saya kuat mengatakan yang saya tidak ada apa-apa. Saya mahu balik waktu ini. Saya teringatkan Marjan yang masih menyusu badan. Saya tak sanggup berjauhan dengan anak dalam keadaan macam ni. Dalam menangis, otak saya ligat berfikir. Saya teringatkan kawan saya Adni yang juga seorang doktor. Saya call dia, cerita dari A-Z. Saya katakan naluri saya mengatakan saya tidak mengandung luar rahim. Adni mengatakan saya boleh refuse pembedahan. Dia mencadangkan saya buat UPT sekali lagi.
Saya cuba memujuk doktor agar melakukan UPT sekali lagi tapi mereka enggan. Mereka pula memujuk saya untuk setuju. Dengan berat hati saya sign juga tanda setuju untuk laparascopic dan operation.

Selepas solat maghrib, saya ditolak masuk ke dalam ambulan dan dibawa ke wad emergency. Masuk saja ke dalam wad, doktor lain pula membuat pemeriksaan. Mengetahui dari report dalam fail yang saya masih belum membuat UPT di EPAU, doktor tersebut mengarahkan jururawat membuat UPT. Allah mendengar suara hati saya dan doa dari keluarga, keputusannya negatif!. Saya tidak mengandung? Doktor di wad bergegas menelefon doktor yang in charge saya sebelum itu dan menangguhkan operation. Saya menarik nafas lega seketika. Tapi doktor masih lagi mengatakan kemungkinan Ectopic masih ada sebab kadangkala result UPT akan jadi negatif.

Malam ini saya tidur awal akibat terlampau penat, namun sakit langsung hilang lepas dapat makan. Errr..

Day 2 (11 June 2016).

Pada hari ini, doktor membuat pemeriksaan lagi. Ramai doktor datang waktu pagi. Dari doktor pelatih, doktor senior dan last sekali doktor pakar. Setiap hari jumpa doktor berlainan. Lepas tu tanya soalan sama, padahal report dalam fail dah ada. Tapi saya layan je la. Hihi. Saya kalau duduk dalam wad, memang jarang tidur. Pagi-pagi dah bangun mandi, sarapan dan tunggu doktor. Saya suka tengok kerenah doktor pelatih dan bos-bos mereka. Ok, berjela pula cerita.

Kembali kepada pemeriksaan. Doktor pakar scan lagi. Kosong. Tak nampak apa-apa. Tapi masih lagi assume ada sedikit darah dalam tiub fallopio. Katanya kalau ada sedikit, biasanya darah akan hilang sendiri. Doktor assume lagi, mungkin cyst pecah ke kita tak tahu. Kalau bedah nanti, jika tak ada apa-apa, kesian la u. Banyaknya doktor assume. Huhuhu. Scanner tu hitam putih saja. Firasat saya kuat  mengatakan yang rahim saya, tiub fallopio sihat dan tidak cedera. Walaupun begitu, masih juga takut. Last sekali, doktor menyuruh doktor pelatih mengambil sampel darah saya untuk dibuat HCG test. Dalam bilik scan pun saya jadi bahan eksperimen juga. Doktor tanya anak-anak muridnya, “kalau upt negatif, untuk confirmkan lagi mengandung atau tidak, adakah kita perlu buat HCG test?”. Ujian darah ni kiranya paling tepat la setakat ni untuk tahu kita ada hormon mengandung atau tak. Hari ni saya kena tidur dalam wad lagi. Rindunya anak.

Malam tu, doktor perempuan datang memberitahu saya, kemungkinan besar saya dah boleh balik esok. Insyaallah tak ada apa-apa, katanya. Sekarang hanya tunggu keputusan darah saja. Hati saya dah kepalang. Drip ke apa orang panggil tu? Apa tu, masuk air ubat kan? Ha, yang tu pun dah dicabut. Nak pengsan kena puasa,tambah lagi kita bf anak. Alhamdulillah malam sebelum terawih, suami datang bawakan Lacte Duet. Dapatlah simpan stok susu lagi untuk Marjan.



Day 3 (12 June 2016).

Pagi ni lagi semangat bangun mandi awal pagi, solat, baca yasin. Doa lama, mengharap keputusan darah yang baik-baik. Lama saya tutup langsir, nak bersendiri. Dah selesai, saya pump susu lagi untuk Marjan. Dalam pukul 7 pagi macam tu, jururawat dah mula bekerja. Diintainya saya melalui langsir, dan menyuruh saya tarik langsir. Tapi saya cakap saya tengah pump susu. Siapa pernah masuk wad hospital kerajaan mesti tahu langsir kena share. And most of the time, walaupun wad perempuan saja pun, tempatnya tetap terbuka dan kita kena pakai tudung. Namun, malang juga hari ini saya terpaksa tidur lagi dalam wad memandangkan keputusan darah masih juga belum keluar. Hampa dalam keadaan takut dan berdebar dengan keputusan.


Day 4 (13 June 2016).

Hari ini alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk berpuasa. Susu pun meriah dalam wad. Pagi-pagi lagi saya tunggu doktor datang. Tak sabar rasanya nak balik. Saya dipindahkan ke katil lain. Baru je duduk, doktor pelatih datang memberitahu keputusan darah. NO ECTOPIC and NO PREGNANCY at all. Allahuakbar! Syukur sangat. Hari ini saya sudah mampu tersenyum dan berborak dengan pesakit lain. Bersyukur tak tahu nak kata apa. Sampai je rumah, Marjan terpinga sekejap tengok umminya. 4 hari tinggal dia, yelah tanpa sempat jumpa anak pun terus ditolak ke wad. Hibanya hati waktu tu. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.


KESIMPULAN.

Ramai yang pelik saya mengandung, lepas tu tiba-tiba tak mengandung. Hehe. And rama juga tanya macam mana saya boleh sampai ke hospital. Jadi kesimpulannya lebih kurang macam ni lah pada hemat saya:-

1- Sebab ke hospital adalah saya sakit lower abdomen sebelah kiri. Tapi pada hemat saya setelah sakit tersebut hilang, ianya sebab perut saya masuk angin. Orang tua kata sengkak rahim dan dalam masa yang sama saya lapar, ditambah lagi saya sangat penat pada hari tersebut dan ya saya tidak berpuasa disebabkan full bf anak, saya hampir pitam kalau saya berpuasa.

2- Mengenai hal mengandung pula, saya buat UPT di klinik swasta dua minggu sebelum saya jatuh sakit. Doktor mungkin tersalah diagnosis UPT. Mungkin juga tersilap ambil air kencing pesakit lain. Kenapa saya kata mungkin tersilap? Kerana selepas ambil sampel air kencing, saya diarahkan untuk meletak botol di kaunter. Saya tunggu punya tunggu doktor tak panggil. Yang panggil kaunter farmasi. Terus dia nak beri ubat. So, saya tanya keputusan UPT macam mana? Nurse tanya, doktor tak panggil ke? Saya cakap belum. Nurse suruh tunggu sekejap. Lepas tu baru doktor panggil. Masuk-masuk je tengok alat tu dah ada two lines. Doktor tak celup depan saya pun. So, saya agak dia tersilap sampel air kencing.

3- Kadang-kadang memang alat UPT tu beri false result. Mungkin sebab alat tu dah lama dan expired. Yang ni doktor kerajaan la beritahu.

Macam mimpi ngeri je bila doktor cakap nak tengok tiub fallopio dengan kamera, di mana perut akan ditebuk. Grrrrr.

Syukurlah tidak ada apa-apa. Terima kasih atas doa kalian semua. Huhuhu.

1 comment:

Tasting with Tiffany said...

I can understand how scary this situation must have been.