Sila klik pada gambar untuk melihat kecomelan mereka dengan lebih jelas.hehe.
Mula-mula aku jumpa video clip The Lion Story ni dari youtube, aku ingatkan lagu tema cerita kartun ke apa. Comel je. haha.
Sebenarnya The Lion Story ni merupakan salah satu band Melayu yang sedang meningkat naik di Singapura. Sebaik saja mereka dipilih oleh Don Rachmond yang merupakan music producer untuk The Apprenticeship Programme, diadakan oleh NOISE Singapore pada tahun 2008, Hafiz (Guitar), Khair (Drums) dan Amin (Bass and Vocals) bersepakat untuk menubuhkan The Lion Story.
Pertama kali membuat persembahan di The Esplanade Outdoor Theatre, band ini memperkenalkan 'The Lion Story EP" (aku tak faham EP tu apa, haha) dan mendapat penerimaan yang positif dari pemuzik-pemuzik profesional seperti Kevin Mathews (Power of Pop) dan Christopher Toh (TODAY). Antara lagu-lagu terawal yang telah dihasilkan oleh The Lion Story ni ialah 'Something's Going On (Feat. Don Richmond)', 'Fill You In', 'Segala Yang Kau Impikan' dan 'Kucing Kemari'.
Album terbaru mereka adalah Quadro Qollabo yang menampilkan lagu-lagu inggeris dan Melayu seperti:-
1)The Lion Story feat Eddie Sim - Cellofornia City
2)The Lion Story feat Mark Bonafide - The Proposal Song
3)The Lion Story feat The Sallys - Sally The Lion
4)The Lion Story feat Zahidah - Lagu Teman
Lagu Melayu mereka yang aku suka dengar sekarang ni adalah Lagu Teman. Menyentuh jiwa dan sesuai sangat untuk sesiapa yang rasa nak tuju lagu ni buat sahabat. huhu.
Ok,jom cuba-cuba dengar lagu ni..Dijamin best!Mana la tahu korang suka kan?hehehe..^____^
Kucing Kemari - http://www.youtube.com/watch?v=ags0c9NzABE
Lagu Teman - http://www.youtube.com/watch?v=EhsYw-wH6d8
Kalau nak download lagu Kucing Kemari, klik [SINI]
Untuk album baru mereka di [SINI]
Fan Page The Lion Story di [SINI]
********
setitip rasa: kenapa hari cuti je perut meragam?arghhhh!


No comments:
Post a Comment