Monday, August 31, 2009

Home » » Bingkisan Rindu Buat Keluarga

Bingkisan Rindu Buat Keluarga


Buat Ayahanda dan Bonda

apa khabar ayahanda dan bonda?
anakanda harap ayahanda dan bonda sihat-sihat selalu

entah kenapa sekarang rasa rindu membuak-buak pada ayahanda dan bonda
petanda apakah ini ayahanda dan bonda?

airmata anakanda mengalir tanpa disedari

hati terasa berdebar-debar

ingin sekali anakanda berlari

memeluk ayahanda dan bonda

Ayahanda dan Bonda..
ampunkanlah salah silap anakanda
dari dalam kandungan bonda

sampailah anakanda dewasa sekarang

Ayahanda dan Bonda..
jutaan terima kasih anakanda ucapkan
dengan bimbingan ayahanda dan bonda

anakanda memijak tanah universiti ini

ilmu agama yang ayahanda dan bonda berikan

takkan pernah anakanda sia-siakan

sekelumit nasihat dan teguran

takkan pernah anakanda lupakan

Ayahanda..
walaupun ayahanda garang
tapi anakanda tahu

dari dalam sudut hati ayahanda

tersemat rasa kasih yang mendalam
terhadap anakanda
pernah anakanda sakit

ayahanda lah yang berkejar dahulu
mendapatkan anakanda
terima kasih ayahanda


Bonda..
anakanda banyak melukakan hati bonda
maafkanlah anakanda
tapi percayalah bonda

tak sedikitpun pudar rasa cinta dan kasih
terhadap bonda
walau bonda mempamerkan senyuman
tapi anakanda tahu

bonda menggalas beban yang berat
ketabahan itulah
mengajar anakanda
apa itu
erti kehidupan
terima kasih bonda


Buat Kakanda


Kakanda
adinda tahu kadang-kadang adinda menyakiti kakanda
sepuluh jari adinda susun
memohon kemaafan daripada kakanda
tidak ada niat lain dalam hati adinda

selain ingin dimanjai dan dibelai kakanda

menagih kasih seorang kakak

hanya kakanda lah satu-satunya kakak adinda


Buat Adinda-adindaku

Adinda-adindaku
kakandamu begitu rindukan kamu semua
terutama sekali adinda bongsu

janganlah adinda-adinda yang lain berasa cemburu

terhadap dia
mungkin adinda bongsu lebih rapat dengan kakanda

kerna itulah perasaan rindu lebih buat dia
walaupun kakanda sering memarahi kalian

tapi percayalah

bukanlah niat kakanda jadi sedemikian

malah kadang-kadang kakanda hanya ingin menasihati kalian

namun..

kakanda tetap menyayangi dan merindui kalian


Adinda-adindaku

dengarlah segala panduan dan nasihat ayahanda dan bonda
sama-samalah kita berbakti pada ayahanda dan bonda

menghormati mereka

selagi mereka masih ada bersama kita

kakanda sentiasa mendoakan kemaslahatan kalian

sebagaimana kakanda mendoakan
kesejahteraan ayahanda dan bonda
serta kakanda sulung kita

*Rindu kalian semua.Moga Allah memanjangkan lagi umur kita semua agar dapat kita bersua dan berkumpul kembali di hari raya nanti.

*Salam kemerdekaan buat kalian dan umat Islam di Malaysia.Moga iman dan amal kita terus meningkat dan bebas dari dijajah oleh anasir-anasir yang tidak baik.Aamin.

2 comments:

Anem Arnamee said...

Salam.

indahnya, bingkisan tang terbalut dengan rasa kasih sayang diikat reben keihlasan..

indah2..nak bingkisan ni leh?
lalala

Unknown said...

Wslm..

luahan yg lahir drp hati anem...

sila2 amk je..:)