Saturday, August 29, 2009

Home » » Dugaan Datang Lagi

Dugaan Datang Lagi

Astaghfirullahal'azim...astaghfirullahal'azim...astaghfirullahal'azim...

Ya Allah, tenangkan hatiku.kuatkanlah hatiku menghadapi dugaan dariMu ya Allah.Sesungguhnya aku insan lemah ya Allah..

pagi ni banyak kali aku beristighfar.banyak kali aku bersabar.

dugaan datang lagi.

mungkin Allah tengah bagi isyarat kat aku agar lebih mengingati Dia, lebih aqrab dengan Dia.

tolong orang bulan puasa ni berganda pahalanya.itu yang aku harapkan.

tapi betul ke kalau terlalu baik dengan orang, ada yang tidak mengerti dan tidak menghargai?

mungkin betul.orang mudah pijak kepala kita.beria mintak tolong tapi tidak bersyukur dan tidak menghargai orang yang memberi pertolongan.

cuba fikir, kita sanggup luangkan masa untuk bantu dia, tapi sedikitpun tak menghargai dan tidak berterima kasih.bahkan buat muka pulak dengan kita.tak faham, tak faham.

hati aku betul-betul terguris.selalu perkara ni terjadi pada diri aku.kita cuba sedaya upaya tolong dia tapi dia tak sedikitpun ucap terima kasih dan banyak memberi alasan.

kalau macam ni la perangai orang, tak hairan la kalau teman-teman sekelilingnya lari.tapi aku cuba tidak lari.aku cuba untuk bertolak-ansur.aku cuba bersabar.aku cuba mengawal diri dari menyimpan perasaan marah.

sungguh,hati aku sedih.nak menangis pun duduk dalam library.

cuba memujuk diri.cuba mengawal perasaan.cuba tenangkan jiwa ni.

kalau la dia terbaca entri ni,aku minta maaf.aku tak dapat nak luahkan perasaan tak puas hati sebab aku takut kepanasan dalam hati aku marak.aku takut kita saling bermasam muka.aku tak nak jadi camtu.sebab aku tengah didik jiwa aku jadi lebih penyabar..

Tabahkan hatiku ya Allah..:(

3 comments:

yoro okino said...

sabar laa
kadang2 bleh kiter wat baik
xsume akan hargai..nak ucap tima kasih pon x..
anggap jer laa kita ikhlas ngn sume tu..

Unknown said...

hmmm tu la..

sbnrnya penghargaan tu tak harap sgt tp kelakuan dia terhadap kita...

tarik muka masam..yg tu tak tahan...

blog ni la tmpt luahan hati...huhu

Anem Arnamee said...

Salam.

huhu. org2 baik memang selalu diduga,kita diduga kerana kita kuat, kdg2 terfikir nape kita ea..eheh.

ALLAH je tahu, nape.

sabar selalu,akak;)