الحب هو السيف لقتل القلب
Al-hubbu huwa assaifu liqotli al-qolbi
"Kasih sayang merupakan pedang yang mampu membunuh jiwa"
Petang ini banyak manfaat yang aku dapat dari kelas Dr. Saupi Man. Berperwatakan seperti seorang ayah dari pengamatanku. Kelas waktu petang semestinya mengundang rasa mengantuk yang luar biasa. Terbayang bantal dan tilam empuk!weeeee!!
Beliau memang sangat faham kami yang seramai 9 orang sahaja dalam kelas ni. Faham tabiat dan rencah kehidupan sebagai insan berstatuskan pelajar seperti kami.Oleh itu, demi SAYANGkan kami semua dari terus cuba melelapkan mata, beliau menjadi penglipurlara kami petang yang harmoni ini.mekacih AYAH SAUPI!hehee..
Cerita beliau bukan sebarang cerita. Cerita yang memberi manfaat dan sangat-sangat berguna buat kami semua.Semua sebab SAYANGkan kami.Sesuai dengan kata-kata hikmat dari beliau iaitu permulaan pada entri ini.Dari cerita kehidupan beliau sebagai seorang pelajar dulu sampailah kepada cerita kasih SAYANG.
Cerita ini aku olah sedikit bagi memperenakkan lagi penceritaannya dan untuk manfaat kita bersama bagi sesiapa yang mahu mengambil manfaat daripadanya.Aku hanya sekadar ingin berkongsi dan mengisi rohani ini dengan ilmu yang bermanfaat sikit kerana akhir-akhir ini aku rasa jiwa ini kering dan perlu disiram sedikit demi sedikit.Insyaallah.
*********
Syafiq merupakan seorang kanak-kanak pintar berumur 11 tahun.Anak tunggal mama dan papanya.Dia juga pelajar yang amat rajin di kalangan teman-temannya.Sangat ceria, suka tersenyum, mudah bergaul dengan sesiapa sahaja, baik yang muda atau lebih tua darinya.Dia amat disayangi guru-guru dan rakan-rakannya di sekolah dan sering mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan.
Sepertimana kanak-kanak lain, Syafiq juga SAYANG pada ibu bapanya.Cuma satu sikap Syafiq yang paling mamanya runsing ialah sering mengabaikan solat walaupun sudah berkali-kali mama dan papanya menasihati.Mamanya sering menasihati jika belajar sepandai mana pun, kalau tidak menunaikan solat, tetap tidak ada keberkatannya. Setiap kali mamanya menasihatinya, hanya masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.
Beberapa bulan selepas itu, Syafiq menghadapi ujian peperiksaan pertengahan tahun.Kali ini Syafiq betul-betul yakin dia akan mendapat keputusan yang cemerlang lagi.
Namun, disangkakan pingat emas yang bakal diperolehinya, tapi hanya pingat gangsa yang dia dapat.Syafiq mendapat keputusan yang teruk sekali dalam peperiksaan tersebut.Walaupun tidak mendapat tempat terakhir dalam kelas,tapi baginya itulah keputusan yang amat teruk dalam hidupnya selama berada di sekolah tersebut.
Syafiq pulang ke rumah dalam keadaan murung.Sejak itu dia menjadi seorang yang pendiam,sukar tersenyum dan suka menyendiri.Sikapnya yang berubah secara drastik itu mendapat perhatian Cikgu Murni yang juga merupakan guru kelasnya.Syafiq seolah-olah sudah menzipkan mulutnya dari berbicara.Dari seorang pelajar yang aktif bertanya di dalam kelas,dia menjadi seorang yang pasif dari melontarkan soalan-soalan yang bernas.
Demi SAYANGkan anak muridnya yang berpotensi itu, Cikgu Murni membuat keputusan untuk menemui mama dan papa Syafiq. Cikgu Murni memang sedia maklum Syafiq jatuh sedikit prestasinya untuk peperiksaan kali ini tapi dia sama sekali tidak menyangka Syafiq akan berubah personalitinya secara drastik begitu sehingga menjangkau 3 bulan lamanya selepas keputusan peperiksaan tersebut.
Hari yang dijanjikan untuk bertemu empat mata dengan mama dan papa Syafiq tiba.Hujung minggu begini adalah hari yang amat sesuai Cikgu Murni kira kerana ia merupakan hari cuti buat guru.Kebetulan mama dan papanya juga cuti pada hujung minggu.Mama Syafiq seorang suri rumah sepenuh masa, manakala papanya seorang pensyarah.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam..jemput naik cikgu",sapa mama dan papa Syafiq dengan ramah dan murah dengan senyuman.
"Patutlah Syafiq pun suka senyum sebelum ni, saling tak tumpah dengan mama dan papanya", Cikgu Murni berbicara sendiri dalam hati sambil membalas senyuman keduanya.
*********
Sungguh Cikgu Murni tidak menyangka Syafiq sentiasa mengabaikan solatnya. Hal ini lah yang dibincangkannya bersama mama dan papa Syafiq sehari sebelum ini.Walaupun dia hanyalah seorang kanak-kanak yang belum mencapai tahap baligh lagi,mendidiknya supaya solat secara konsisten amat penting untuk membentuk akhlaknya di kemudian hari. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Cikgu Murni SAYANG semua anak-anak muridnya, bukan sekadar SAYANG seorang guru kepada pelajar-pelajarnya tapi juga SAYANG atas dasar saudara seislam dan juga tanggungjawab agama, amar makruf nahi munkar.Justeru,guru juga turut memainkan peranan penting untuk mendidik dan mentarbiyah pelajar, bukan hanya mencurahkan ilmu semata-mata.
*********
Keesokan harinya, Cikgu Murni memanggil Syafiq untuk menemuinya.Cikgu Murni memilih perpustakaan sebagai tempat untuknya berbicara dari hati ke hati bersama Syafiq kerana dia khuatir Syafiq enggan menemuinya jika pertemuan diatur di bilik guru.Cikgu Murni memilih satu sudut yang agak lengang dari pelajar-pelajar yang selalu berkunjung ke perpustakaan pada waktu rehat.
Syafiq duduk berhadapan dengan cikgunya sambil menundukkan wajahnya dari memandang tepat ke wajah Cikgu Murni.
"Syafiq sihat? Dah makan?"
"Sihat.Dah."
Sepatah ditanya, sepatah yang dia jawab.
"Kenapa Syafiq jadi macam ni? Tak ada semangat, tak ceria seperti selalu?"
Syafiq hanya diam membatu tanpa menjawab pertanyaan Cikgu Murni.
"Cikgu nak tanya Syafiq mengenai mama dan papa Syafiq"
Kepalanya mula mendongak sedikit bila mendengar nama mama dan papa terlontar dari bibir Cikgu Murni. Cikgu Murni mula memancing perhatian Syafiq dengan menggunakan nama mama dan papanya kerana dia tahu mama dan papanya adalah insan yang paling rapat dan amat memahami dirinya.
"Mmm, Syafiq SAYANG tak mama dan papa Syafiq?"
"Mestilah SAYANG!", matanya mula bersinar tatkala mengutarakan mengenai mama dan papanya.
"Kenapa Syafiq SAYANG mama dan papa Syafiq?"
"Sebab mama lahirkan Syafiq, jaga Syafiq. Papa pun selalu belikan mainan untuk Syafiq!Sebab tu Syafiq nak sentiasa dapat nombor satu, nak bagi hadiah untuk mama dan papa", lancar sahaja tuturnya tiba-tiba.
"Bagusnya anak murid cikgu ni!"
"Lagi satu cikgu nak tanya. Syafiq SAYANG tak dengan Allah?"
"SAYANG. Syafiq SAYANG Allah."
"Kenapa Syafiq SAYANG Allah?", Cikgu Murni bersoal jawab dengannya lagi.
"Sebab Allah bagi Syafiq nyawa."
"Jadi,apa yang Syafiq dah buat untuk bagi hadiah pada Allah?"
"Syafiq dah belajar bersungguh-sungguh, cuma kali ni je Syafiq jatuh", dia bungkam kembali.
"Syafiq, kalau Syafiq betul SAYANGkan Allah, Syafiq patut ikut perintahNya.Kena taat padaNya. Solat jangan diabaikan. Itulah hadiah yang sebetulnya untuk Allah.Barulah Syafiq berjaya dunia dan akhirat. Dan mama papa Syafiq pun pasti lebih gembira nanti kalau Syafiq tak tinggal solat, jadi anak yang soleh.Bukan berjaya dalam pelajaran sahaja tapi berjaya dalam akhlak, hubungan dengan Allah".
Kata-kata cikgunya itu meninggalkan kesan yang amat mendalam pada hatinya sehingga dia menjejakkan kaki ke menara gading.Mama dan papanya amat bersyukur kerana Syafiq kini amat menitik beratkan solatnya walau dalam keadaan apa sekalipun.SAYANG mama dan papanya membunuh jiwanya yang tandus. SAYANG cikgunya membunuh jiwanya yang degil. Dan yang paling utama SAYANG Allah pada setiap hambaNya. Syukur kerana dia diberi kesedaran di awal kehidupannya.
THE END.
*********
Intipati dari cerita Dr. Saupi sedikit sebanyak menyedarkan kami. Kita mengaku setiap hari kita SAYANGkan Allah tapi apa yang telah kita lakukan sebagai hambanNya selama ini? Sudah banyakkah amal kita? Meningkat atau tidak iman kita? Atau masih di tahap kritikal? Sama-sama kita renungkan.huhu.

9 comments:
solat tu tiang agama....
Azuan:
Yup, betul tu..=)
cikgu murni sgt baik..die nasihat sgt lembut but berkesan..
niesz:
Itulah yg patut ada dlm setiap diri cikgu sy rasa..betul x??=)
akak mmg pndai bhsa arab ek??(^_^)
shuko:
boleh la..akak major bhs arb..hehe..
ptutla kak..akak ni bks maahad..kt sidebar tu..
shuko:
a'ah..kt profile pun ada..=)
Love says it all:
rasanya kamu silap tempat ni..;p
Post a Comment