
Salam Maal Hijrah buat semua.
Tahun Baru yang sebenar-benarnya buat kita umat Islam.
Apa agaknya hijrah kita tahun ni? Lebih baik atau masih sama atau lebih kurang? Pasti kita nak yang lebih baik bukan? Setiap daripada kita ada pilihan masing-masing. Kita tahu mana yang baik, mana yang buruk. Hati dan akal memandu kita ke arah mana yang kita dah pilih.
Jadi, pilih la dengan hati-hati berpandukan petunjuk dariNya.
Hijrah tahun ni, aku cuba lagi untuk study hard memandangkan ni dah final sem aku kat UIA ni(baru nak sedar,ish3). Apa yang menanti di hadapan aku tidak tahu. Semestinya mahu cari kerja. InsyaAllah kalau ada rezeki. Aku mahu gembirakan hati Ma Abah.
Segulung ijazah itu adalah hadiah buat mereka. Walaupun banyak ranjau, banyak dugaan yang aku dah tempuh. Perasaan malas, tak bersemangat, sakit hati dan berbagai-bagai rasa lagi aku cuba laluinya dengan sabar bertemankan juhud sahabat-sahabat.
Sebagai manusia biasa, kita pasti takkan lari dari melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak. Tapi kita boleh cuba untuk mengurangkannya atau mengelak dari melakukan kesalahan. Dari cubaan mungkin kita akan terus meninggalkannya. Di sini lah kunci taubat amat perlu.
Bagi yang mampu, lakukanlah solat taubat setiap hari. Jaga hubungan kita dengan Allah, dengan sesama manusia. Kadang-kadang kita tidak tahu dosa apakah yang kita telah lakukan semalam dan hari ni. Dosa kecil atau dosa besar? Sama-sama kita renungkan.
Dengan iman hati akan terpandu dengan sendiri ke arah yang lebih baik, ke arah yang benar dan tenang. Seperti entri cik gula-gula sebelum ni: "Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa". Lirik yang dipetik dari kumpulan nasyid Raihan. Iman tak akan bertambah jika kita tidak mencarinya. Iman tak akan tumbuh subur jika kita tidak membajainya. Sama-sama kita siraminya sahabat.
Aku ini insan lemah dan tak berdaya. Aku masih cuba dan masih berusaha untuk meraih cintaNya. Allah, pandulah diri ini ke jalanMu yang diredhai.
5 comments:
salam maal hijrah!
mulakan azam baru .
salam maal hijrah dan selamat berazam baru
Salam Maal Hijrah 1431..
Moga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas.. Good luck study yer.. (^__^)
Hans n Faarihin:
salam maal hijrah buat kamu juga!=)
terima kasih atas semangat yg diberi..
Post a Comment