
Hajat menenun kain sutera
Singgah di pekan mencari benang
Penat sungguh tidak terkata
Tiba masanya bersenang lenang
Buah cermai buah bidara
Sedapnya rasa jangan disamun
Masa bersenang sekejap saja
Dek kerana assignment bertimbun-timbun
Pergi pasar dengan kereta
Membeli sekilo ikan selar
Apalagi mahu dikata
Inilah nasib seorang pelajar
Aduhai manis senyuman Pak Tam
Buat mengurat si cantik Mak Lijah
Sabar dipupuk semangat ditanam
Demi natijah segulung ijazah
Singgah di pekan mencari benang
Penat sungguh tidak terkata
Tiba masanya bersenang lenang
Buah cermai buah bidara
Sedapnya rasa jangan disamun
Masa bersenang sekejap saja
Dek kerana assignment bertimbun-timbun
Pergi pasar dengan kereta
Membeli sekilo ikan selar
Apalagi mahu dikata
Inilah nasib seorang pelajar
Aduhai manis senyuman Pak Tam
Buat mengurat si cantik Mak Lijah
Sabar dipupuk semangat ditanam
Demi natijah segulung ijazah
7 comments:
xsabar lak niesz nk graduat tuk degree nie..
Ni dah last sem ker?
Ni dah last sem ker?
Niesz: InsyaAllah kita sama2 grad sem ni..=)
Innz: A'ah,ni final sem dah..=)
hahaha
aku tahun depan konvo
xsabar rasanya
tahniah..
hans: sama la ngn aku..haha
solehah: thanx ea..=)
Post a Comment