Saturday, January 16, 2010

Home » » Kawan Ramai atau Kawan Sedikit Kuantitinya??

Kawan Ramai atau Kawan Sedikit Kuantitinya??


Kamu punya ramai kawan atau tidak??Pernah rasa sunyi tanpa mereka??

Kadang-kadang kita tidak punya ramai kawan tapi kita dihargai oleh mereka yang bergelar sahabat. Ketika susah mereka ada.Ketika senang juga mereka ada.Ketika kita punya kesedihan yang membebankan, mereka pinjamkan telinga untuk mendengar, mereka pinjamkan bahu untuk kita alirkan airmata.

Beruntung sesiapa yang punya sahabat untuk berkongsi suka duka.dalam 5 atau 6 orang tu dah cukup bagus punya sikap sebegitu.

Kadang-kadang kita punya ramai kawan tapi dalam ramai-ramai, hanya seorang dua yang tampil ketika susah dan senang.Bila masa senang, ramai antara mereka mengelilingi kita, guna kita untuk kepentingan mereka. Tapi waktu kita susah, apa yang kita dapat? kosong dari mereka.nombor satu atau dua pun tidak ada apa-apa dari mereka.

Jadi mana satu lebih baik? Kawan ramai tapi tidak menghargai kita atau kawan sedikit tapi betul-betul menghargai kita?

Sungguh aku punya ramai kawan tapi berapa kerat sangat yang masih ingatkan aku, muncul tika aku susah dan senang. Pernah dengar atau tidak:-

1) "tak mesej atau call tak semestinya aku tak ingat kau"??

2) "aku sentiasa doakan kau walaupun kita tak mesej atau call"??

3) "kau jangan lupakan aku ye"??(ni kata-kata kawan aku dulu masa aku mula-mula melangkah kaki ke menara gading.waktu tu dia tak ada rezeki lagi ke universiti.tapi lepas dah dapat, hampeh!dia dulu yang lupakan aku!)

Ye, kita memang tidak boleh mengharap mereka berada ketika kita susah kerana mereka juga punya sebab dan alasan munasabah masing-masing.tapi tolonglah jangan guna kawan atas kepentingan diri ketika kamu susah.kejujuran dalam persahabatan amat penting.

Rajin-rajinlah bertanya khabar pada sahabat kamu.Aku tak tahu apa pendapat kamu, tapi percayalah mereka akan rasa dihargai walau satu mesej atau satu miscall atau 5 minit call dari kamu.hargailah kejujuran dari mereka yang bergelar sahabat selagi mereka masih ada.jangan sampai kita menyesal bila mereka sudah hilang dari hidup dan pandangan kita.yang baru mungkin tidak sama dengan yang lama.

Buat sahabat yang ada ketika aku susah dan senang walaupun tidak selalu tapi at least korang semua sudi tampil.aku sangat berterima kasih.tanpa korang, aku pasti lambat bangkit bila aku jatuh. semangat pasti lambat pulih jika korang tidak meminjamkan semangat korang sikit.

TERIMA KASIH SAHABAT SUSAH DAN SENANG.

ps: entri ni diedit balik sebab tadi ter'publish'.selesai saja ter'publish', laptop aku teroff sebab low bateri.plug bilik aku semua tak boleh guna, tiba-tiba hari ni shock.malang sungguh.terpaksa datang ofis mahallah cas bateri.huhu

12 comments:

ohmalaysia.com said...

kwn kena ramai.. tp mmglah x sume yg faham kita, sudi bkongsi suka duka dgn kita.

tp kita kdg2 saling mmerlukan, so x kisah ada kwn ramai walaupun dorg xde ms kita susah.. ada hnya ktika kita senang..

Unknown said...

oh malaysia:

sy amil berat kwn susah dan senang..sy xhrpkan diorg tampil ketika susah tp yg sy hrpkan diorg tak guna sy ketika senang utk kepentingan mereka..itulah namanya tidak jujur dlm prshbtn..

Ieqa Swetluv said...

betul tu kak.. kite sebagai kawan x pela cubelah kite menghargai kawan2 kite.. jangan biarkan diri kite dipergunakan.. sekarang ni kena bijak memilih kawan sejati ataupun kawan biasa =)

Unknown said...

ieQa:

yup, tak semua org beruntung dpt kwn sehati sejiwa..kalau dapat, bertuah sgt2 org tu..=)

Jard The Great said...

syukur dgn kawan ku skang.. =)

Unknown said...

yang bagus, kwn sejati dlm 4,5 org. tp pada waktu yg same, kwn biase ade berjuta org!mmg best! bak kate org, nak ramai kwn,

give more, expect less.
give and take.
and be honest.

salam perkenalan~hihihi

miracinta! said...

kadang2 kawan je ramai..
tapi tak semua faham ape erti rakan sebenar..
kalau sekadar ade utk gembira dan hilang pada susah..
bukan kawan namenye..
tetapi hanye perhentian sementara..
dunia da baru..
kawan lupa kawan itu macam biase sbb ramai kejar hidup mewah! herm
=.='

*cakap penoh emosi sbb dilupakan kawan! anyway, thx for the support =D

Unknown said...

Jard:

kamu untung..

Amad:

akak x expect tinggi pd kwn skrg..kalau dulu ye, sekarang tidak lagi..

slm knl..=)

mira:

hanya org yg punya pglmn dilupakan kwn fhm apa yg kita rasa..

happy always mira!=)

Lizz said...

ramai kawan bagus, cume kawan baik biar 1 is enuff. if ramai lagi2 perempuan menyusahkan cuz terpaksa melayan karenah masing2 yg macam2 hal. huhuhuhu

Unknown said...

Lizz:

hmm betul jugak kan...huhu

Mr_aMAd said...

kawan bia ramai.nanti tau macam2 jenis sifat orang yang ader.n boleh tau juga sapa yg kawan susah dan sapa yang kawan senang

Unknown said...

mr.amad:

kawan akak mmg ramai..skrg mmg sng nk detect mana kwn sng n ssh..;p