Saturday, January 2, 2010

Home » » Permulaan Tahun 2010 Dicemari Maksiat

Permulaan Tahun 2010 Dicemari Maksiat


Pertama sekali aku nak ucap MasyaAllah.

Aku pasti ada kaum adam dan hawa di luar sana menyambut tahun baru 2010.sama ada dengan cara yang selari dengan batasan agama Islam atau tidak.kita tepuk dada tanya hati masing-masing.perlu ke sambut tahun baru?jika ianya perlu, sepatutnya ia disambut dengan doa serta memuji-memuji kebesaranNya dan bersyukur padaNya kerana kita masih diberi peluang untuk hidup dan nikmat untuk mengabdikan diri padaNya.

Aku rasa ramai yang baca paper hari ni.mengenai kaum adam dan hawa yang dicekup pencegah maksiat gara-gara menyambut tahun baru dengan cara yang melanggar batasan agama Islam.

Tergeleng aku beberapa kali sewaktu aku baca beberapa artikel mengenai manusia-manusia yang telah dicekup ni.Tahun 2010 telah dicemari dengan maksiat yang bermaharajalela di merata tempat.Astaghfirullahal'azim...

Di Shah Alam saja 52 orang pasangan dicekup pegawai JAIS. Kebanyakannya berusia antara 20-an hingga 30-an, terdiri daripada pekerja kilang dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi(IPT).

Di Kuantan, seorang nenek 54 tahun yang punya 8 orang cucu juga dicekup bersama pasangan mudanya berumur 16 tahun lebih muda daripadanya. Ya Allah nenek!patutnya nenek jadi ikutan terbaik buat cucu-cucu nenek tapi kini apa sudah jadi????terlampau makan garam ke?nauzubillah hi min zalik.

Di Alor Star, seorang pelajar tahfiz berumur 20 tahun bersama kekasihnya ditangkap. Masa emasnya yang sepatutnya diisi dengan bacaan dan hafalan ayat suci Al-Quran, namun dia berpaling menuju jalan yang merosakkan. Kenapa adik?!kenapa kamu sia-siakan dan rosakkan kemuliaan kalimah suci Al-Quran yang telah terisi dalam dadamu??

Manakala pasukan polis syariah yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah di Banda Aceh, dianggotai 1500 kakitangan termasuk 60 wanita, bergiat usaha untuk melaksanakan amar makruf nahi munkar. undang-undang syariah yang telah diluluskan kerajaan tempatan ini mewajibkan wanita hanya boleh mendedahkan muka dan tapak tangan mereka. Terdapat beberapa wanita telah ditahan akibat berpakaian tidak sopan dan agak menjolok mata. Bukan itu sahaja, sesiapa yang didapati berjudi, minum arak dan pasangan yang tidak halal bermadu kasih juga ditahan. Mereka yang ditahan akan dinasihati kemudian dibebaskan oleh pasukan ini.

Terbaru, hukuman rejam juga bakal dikuatkuasakan sedikit masa lagi apabila mendapat tandatangan kerajaan Acheh. Namun, ramai yang menyuarakan rasa tidak senang hati. Inilah ujian jika ingin menegakkan yang hak dan memusnahkan yang batil.

Nah, usaha mereka ini patut dipuji dan dicontohi.mungkin negara kita patut mencontohi mereka??relevan kah??

8 comments:

AJ said...

hahahaha memang nafsu dah best..memang sanggup d redah saja.. haahaha....

Unknown said...

aj:

best kerana akal yg ada tak berfungsi..

niesz said...

ishhh!xsuda2...rosak da manusia skang..emm...

Unknown said...

niesz:

ntah la niesz,nauzubillahiminzalik..

fahmi said...

ish3..rosak2!

Unknown said...

fahmi:

tau xpe..huhu

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

Unknown said...

anonymous:

terima kasih..masih banyak lagi yg perlu diperbaiki..teruskan membaca okes!=)