
Kalau jadi macam ni, korang rasa macam mana? hehehe..
Pagi-pagi ni rasa segar sangat badan dan mata. Barulah cergas sikit hendak post entri baru.
Aku masih lagi ada assignment yang belum disiapkan tapi aku mahu juga join contest gengblogger ni.hehe. Kontest Kisah Paling Seram Gengblogger.com..Ini kali kedua aku join contest. Menang atau tidak menang lain cerita. Yang paling penting cerita seram aku dapat dikongsi bersama gengblogger yang lain dan para pembaca di luar sana.
Aku sebenarnya ada beberapa pengalaman pasal hantu pengacau ni. Tapi aku akan ceritakan satu kisah saja.
Kisah ini terjadi masa aku belajar di Maahad Muhammadi Lilbanat,Kota Bharu dahulu atau lebih famous budak-budak sekolah kami sebut MMP. Masa aku mula-mula masuk sekolah tu, memang agak teruk kejadian histeria.
Tapi kisah aku sendiri terjadi waktu umur aku 14 tahun, tingkatan satu. Biasa la sekolah arab dulu kan ada peralihan, sebab tu aku baru tingkatan satu walaupun umur aku dah 14 tahun masa tu. Sekarang, kelas peralihan dah dibubarkan. Untung adik aku dan lain-lain sekarang.huhu.
Disebabkan rumah aku jauh dari sekolah, aku terpaksa tinggal di asrama MMP. Aku tinggal di asrama tidak lama, dalam 3 tahun lebih. Lepas tu aku berulang-alik dari Pasir Mas ke Kota Bharu dengan bas ekspress. Sampai sekolah dalam pukul 8 atau 8.30 pagi tu dah biasa bagi kami yang menaiki bas untuk datang ke sekolah. Faham-faham la tabii bas, kadang-kadang terberhenti di tengah jalan, rosak. Pulaknya, ia memakan masa lebih kurang setengah jam kalau tidak ada masalah kesesakan jalan raya atau driver bawa laju. Kalau ye.hehe
Ok, berbalik pada kisah seram aku tadi. Asrama MMP dulu, dalam setiap dorm tu memang agak ramai penghuninya, dalam 50 orang. Masa tingkatan 1, aku ditempatkan di asrama B. Asrama tu masih ada lagi sampai sekarang, buruk sangat, asrama kayu kayan. Kalau kami jalan atas lantai asrama, macam nak runtuh sebab sudah terlalu uzur.
Waktu tu, aku rapat dengan seorang dormmate aku, Kak Azima. Setiap bilik mesti ada katil double decker. Aku dapat katil sebelah atas. Katil kayu tapi kukuh. Memang best dari katil besi. Kak Azima dapat katil sebelah bawah, betul-betul tepi tingkap bilik yang paling hujung. Aku dengar-dengar katil hujung tepi tingkap tu agak keras. Kerap juga Kak Azima tumpang tidur atas katil aku sebab katil aku tu agak besar, jadi muat untuk 2 orang tidur. Bukan lesbian ok? Kami bukannya tidur satu selimut pun.hehehe.
Kami berdua memang agak rapat. Lepas je balik prep (preparation class), kami berdua borak-borak dulu dalam bilik, tidak segera ke tandas dan terus masuk tidur. Prep habis pukul 11, bila semuanya dah sampai bilik, semuanya berduyun-duyun ke tandas. Kami tidak suka bersesak-sesak, jadi kami tunggu dulu sampai budak-budak lain sudah masuk tidur.
Aku dan Kak Azima pergi tandas dalam pukul 1. Kami tak masuk tandas normal sebelah atas sebab di situ selalunya tidak ada air. Jadi kami berdua turun ke tempat mandi di bawah. Kat situ ada tandas untuk hajat kecil sahaja. Tandas tradisional.hehe.Tempat mandi asrama B dulu bumbungnya tidak beratap. Lepas je sudah, kami terus naik dan masuk bilik.
Kak Azima terus berbaring di atas tilamnnya yang tidak berapa empuk itu. Aku masih berdiri di depan locker aku sambil menyikat rambut. Itu memang tabiat aku dulu, sebelum tidur mesti aku sikat rambut dulu. Tiba-tiba saja aku dengar nama aku dipanggil dengan nada perlahan.
"Fatiniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"
Pada mulanya, aku ingatkan tu cuma perasaan aku saja tapi lepas itu aku dengar lagi untuk kali kedua dengan nada yang perlahan lagi.
"Fatiniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"
Aku buat bodoh lagi. tapi untuk kali ketiga....
"Fatini!!!"
Aku dengar nama aku dipanggil dengan keras! Aish, tiba-tiba je aku rasa meremang masa taip ni.eeeee.
Lepas je aku dengar nada yang keras tu, terus aku tutup locker dan aku naik atas katil. Seram, seram.Takut tu lagi la.tapi aku senyap je tak cakap apa dengan Kak Azima. Takut-takut pun, aku masih boleh tidur dengan lena. Hebat tak aku? hahahaha.:p
Beberapa hari selepas itu, aku diganggu lagi. Tetapi kali ni 'ia' menyerupai Kak Azima. Kebetulan masa tu aku tengah period lagi, jadi lagi senang benda-benda macam tu nak ganggu. Tambah lagi aku balik prep masa tu, aku terus naik katil dan tidur sebab terlampau mengantuk.
Aku tersedar waktu tengah malam bila aku dengar ada orang panggil aku dari belakang. Biasalah, masih mamai-mamai lagi aku. Mata pun tidak terbuka penuh. Aku berpusing tapi yang aku nampak memang Kak Azima. Cuma nampak kepalanya sahaja la. Yelah, kalau difikirkan logik memang nampak gitu sebab dia berdiri. Memang nampak kepala saja la kalau dia jenguk katil sebelah atas.
"Kak Azima nak tidur sebelah Tini boleh tak? Panas la tidur dekat bawah."
Aku pun tanpa sepatah kata, aku pusing balik dan bagi ruang sikit untuk dia tidur. Tak lama selepas tu, aku tersedar balik. Aku tengok jam menunjukkan pukul 3 pagi. Tiba-tiba saja aku rasa berdebar-debar. Dalam hati, aku berkata:
"Kalau aku pusing, mesti tersentuh Kak Azima"
Sebaik saja aku pusingkan badan aku, kosong. Tidak ada sesiapa pun tidur di sebelah aku. Aku cubit pipi aku, aku mimpi ke tadi Kak Azima kejut aku? Sakit. Dan aku memang alihkan telekung aku yang dilipat sekali dengan sejadah ke katil Kak Lini sebab dia biasanya tidur atas lantai. Aku telan air liur. Tapi aku beritahu pada diri aku, tidak ada apa-apa. Aku tengok kipas switch off. Patut la aku rasa panas sangat.
Jadi aku buat keputusan untuk tidur bawah juga. Masa aku nak turun dari katil, aku nampak Kak Azima ada tidur di bawah, atas lantai betul-betul tepi katil sebelah bawah katil aku. Dan dia tegur aku dan mempelawa aku tidur di sebelahnya. Tapi aku menolak dengan baik.
"Tini, meh la tidur kat sini"
"Takpelah Kak Azima, saya dah bawak turun tilam ni"
Aku pun dengan nyenyaknya tidur malam tu.
"Ah, buat bodoh je la!", aku bermonolog sendirian.
Keesokan paginya, ketika kami semua sedang bersiap untuk pergi ke sekolah, aku tanya Kak Azima.
"Kak Azima, kenapa tak tidur sebelah saya semalam?"
"Ha? mana ada Kak Azima cakap nak tidur sebelah Tini!"
Gulp!Aku telan air liur lagi.
"Kak Azima jangan la nak tipu, Kak Azima kan kejut saya tengah malam, cakap nak tidur sebelah saya", aku tanya lagi untuk mendapatkan pengesahan yang jitu dan untuk sedapkan hati yang sudah kecut.
"Betul lah, mana ada Kak Azima kejut Tini, Kak Azima memang tidur kat bawah semalam".
Aku terkedu. Siapakah yang kejut aku malam itu? Nasib baik tak tunjuk rupa yang sebenar, kalau tak, sah aku demam.
Sejak kejadian tu, mereka selalu je usik aku, kata katil aku tu berhantu. Tapi aku tetap juga tidur di atas katil kayu tu. Nak kata berani tu, tak ada lah berani sangat tapi lama-lama aku lupa sendiri kejadian tu. Sampailah sekarang aku ingat balik sebab gengblogger nih.hehehe.
20 comments:
seram jugak tu.. oleh kerana tu.. click maxis nuffnang satu untuk awak ^_^
Lekir:
terima kasih..awk adk beradik jebat eh?hehehehehe..;p
hai awak
:)
rathiqah:
hai..thanx singgah sini ye..=)
taklah fatin. tu sekadar nama je
Lekir:
tau2,sje je tanya..hehehe
fatinnnnnnnnnnnnnnnnniiiii...
hahaha..
gurau je ye..
ngusik lah orang..
nanti kena balik baru tau,
janganlah hendaknya...
cikgu isza:
hahaahhh..its ok..sy pn pnh usik org gak...hehehehe..
seram.seram. nasib baik die rupa orang kan. haha!
nursarah:
hmm tula pasal..kalau tak sy dah demam gamaknya...hehe
kak tini!!!!!!!!!!
Fatin Filzah:
ooo nk usik jgk ye...;p
kak fatini...ana datang...!!! hehe..=P
kaifahal..??
camne ngan asemen akak..da siap??
ana ade lagi 9..huhu..
newey,seram la cite akak..
seb baik die x tunjukkan muka die yg real..tapi kalau ana,ana buat tak tau jer..^_^
err,ana pun nak share sumthing jugak la..hee..=)
baru2 ni ana pun terserempak dengan "makhluk" tu jugak..
waktu tu tyme maghrib..ana kat dalam mahallah ana..rumate ana semua keluar..cuma ana ngan sorang sahabat ni je tinggal..ana dengar cam ade suara panggil seseorang..tapi x berapa jelas la "die" panggil sape..yang pasti bukan panggil ana..
ana ape lagi,selak la langsir..
bile selak je langsir tu..melintas la satu "makhluk putih" dengan muka yang x berapa jelas..mungkin xde muka kot..wallahu'alam..
aisshhh...bikin kaget je benda alah tu..mybe "die" nak bagitau kot pada ana yang "die" nak tumpang lalu..huhu..
ana ape lagi..terkejut la jugak 10sen..huhu..ana pun suh la sahabat ana tu pulak yang tengok..juz want to make sure..tp die xnak..die plak yang takut..sedangkan time tu ana x gtau die lagi ape yang ana nmpak..hehe..
kalau ye pun,bagi la salam dulu ker..ini tidak..men redah jer..hehe..tapi kalau bg salam pun,mybe ana jadi curious pulak..bilik ana tu,tingkap die tinggi la sket..susah la kalau ade orang nak panjat..kecuali kalau guna tangga..=D
apa-apa pun..
moral of the story,ini mungkin salah satu ujian ALLAH untuk menguji akidah kita.secara psikologi,perasaan takut tu tetap ada lebih-lebih lagi bila kita berada dalam situasi camnih..tp bila kembali pd hakikat iaitu ALLAH la yg patut kita takuti melebihi takutnya kita kepada makhluk,kita kena lawan segala perasaan yang ada dalam diri kita tu..syirik namanya bila makhluk lebih ditakuti berbanding dengan Pencipta makhluk itu sendiri..wallahu'alam..
niesa:
yani..erm akak byk kali jgk la kena..tp stkt ni xpnh lg nmpk rupa 'benda' 2...
tapi, betul la apa yani ckp 2..mngkn kdg2 kita lalai...bila tkt mcm ni br nk igtkan DIA..ujian buat kita la 2..=)
thnx 4 sharing..=)
salam ziarah...
baca cerita2 seram contest GB...
nuff zzz plak...
hit me back?
DJF:
thanx singgah..=)
ku tak percaya sama hantu.. eehe.. tp takut gak
jard:
hantu 2 ada iaitu syaitan...tp patutnya kita xtakut kan?hehe
hantu tu suke kacau awak lah..huhuh…seram giler :(
misz zana:
tula psl..die nk kwn kot...hehehe
Post a Comment