Thursday, March 11, 2010

Home » » Da'il Ayyam (Syair Nasihat dan Peringatan)- PART 1

Da'il Ayyam (Syair Nasihat dan Peringatan)- PART 1


دَعِ الأَيَّامَ تَفْعَـل مَـا تَشَـاءُ * وَطِـبْ نَفْسَـاً إِذَا حَكَـمَ القَضَـاءُ
وَلاَ تَجْزَعْ لِحَادِثَـةِ اللَّيَالِـي * فَمَـا لِحَـوادِثِ الدُّنْـيَـا بَـقَـاءُ

:شرح البيت

يقول الشاعر : اجعل نفسك منشرحة إذا قضى القدر واصبر ولا تحزن على كل المصائب فهذه المصائب وتلك الحوادث ستزول فلا بقاء لها وهي سنة الله في أرضه

Bait syair di atas merupakan karangan Imam Syafii'. Aku pasti kamu semua mengenali beliau. Bukanlah wajahnya tetapi sirah-sirah dan ilmu-ilmu yang ditinggalkannya buat kita umat Islam yang menjadi rujukan ilmu kita sampailah sekarang.

Dua bait di atas mengandungi unsur nasihat dan peringatan. Apa yang cuba disampaikan oleh beliau ialah kita mestilah berlapang dada dengan segala qada' dan qadar. Jika kita ditimpa musibah atau ujian, beliau menasihatkan agar kita bersabar dan jangan bersedih kerana setiap musibah pasti akan ada jalan penyelesaiannya dan tidak akan kekal kerana itu semua merupakan sunnatullah di atas muka bumi ini.

******

Sekadar berkongsi apa yang aku telah belajar..Ada beberapa bait lagi yang penuh dengan nasihat yang berguna buat kita. InsyaAllah aku akan update lagi yang selebihnya..=)