
People come and go, come back again and people who we just know come into our stories. But sometimes they never come back in our life. Begitulah juga dengan seseorang yang bergelar kawan dan sahabat.
Hidup tak sama macam zaman sekolah dahulu. Masa banyak sebab satu sekolah. Boleh habiskan masa dan buat aktiviti bersama-sama. Tambah lagi kalau tinggal di asrama atau rumah sewa. Kalau dulu makan bersama, buat homework bersama, langgar peraturan asrama bersama, pergi sekolah bersama tapi sekarang tidak lagi.
Kita sudah melangkah ke alam baru. Jauh berbeza dari hidup dahulu. Ada yang masih lagi sambung belajar, yang baru bergelar suami dan isteri atau yang sudah berstatus mama dan papa. Tahniah untuk kamu semua.
Terasa hati, berkecil hati atau tidak puas hati? Itu semua asam garam dalam sesuatu perhubungan. Kadang-kadang perkara remeh pun boleh buat kita memendam atau meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kawan-kawan.
Salah seorang sahabat aku pernah melontarkan satu soalan pada aku.
"apa yang kau harapkan pada sesuatu perhubungan?"
Aku tidak harap kau balas apa yang aku dah buat untuk kau. Aku cuma harap aku dapat tahu perkembangan hidup kawan-kawan dan sahabat-sahabat aku. Kalau boleh aku tidak mahu terputus hubungan dengan sahabat-sahabat aku. Jadi aku harap sahabat-sahabat di luar sana, make sure jangan pergi jauh sangat. Nanti aku nak jemput pergi kenduri aku senang sikit.
Macam lah aku dah nak kahwin kan? hahaha.. Aish, sejak balik dari walimah Alya minggu lepas, semuanya asyik cakap pasal kahwin. Asyik dapat soalan, "bila kau nak kahwin?", dapat usikan, "lepas ni giliran kau pulak".hahahahaha...
InsyaAllah sahabat-sahabat. Doakan yang terbaik buat aku. Dah sampai masa nanti aku roger balik korang.hihihihi..Yang penting sekarang aku perlu habiskan semester terakhir aku ni dan cari kerja tetap..huhuhu..
********
: aku sayang sahabat-sahabat aku..(^_^)
8 comments:
salam fatin...
sehat???
soalan kawin mmg takkan hbis ditanya sampai la kita kawin bru org tutup mulut
jom la kita kawin 2 org mcm tuh
ngahahahhahhahaahah~
study molek deh!
chaiyyyoooookkkkk!
satu sem je lagi
bittaufiq wannnajah;)
jane:
alhamdulillah sht..
jom lah kita kwin 2...hahaha..
yeah!harus bersemangat nk abeskn degree!thanx dude!=)
kak.. kalo nak kawin jgnla lupe jemput kita ye... =)
ieQa:
insyaAllah akak jemput t..=)
erm.
nak tye seket boleh tak ?
BILE NAK KAWEN ?
lolly:
bile nk kawin? wallahua'alam...xmo ckp pape lg..insyaAllah..=)
Salam akk.
study leklok . nk hbis da.
erm,khwin?aiyak,cousin anem bru khwin, sebaye anem,bygkn perasaanku.huhu
anem:
insyaallah..doakan akak ye..
akak xkwin lg la..lmbt lg kot..huhuhu
Post a Comment