Sambil-sambil aku tunggu baju dalam mesin basuh siap disental, aku ambil masa sikit menjawab tag Cik Faezah yang cantik lagi manis ni. Tobang la hang aku puji! hahahaha!=p
Orait, tanpa membuang masa lagi aku cuba menjawab soalan-soalan kamu. hehehe..
1-siapakah diri anda di rumah?
Oh, di rumah aku akan cuba ganti tugas-tugas ibuku. Kadang-kadang terlepas juga sebab aku ni bukanlah dalam kategori yang sangat rajin. Seorang yang agak garang dengan adik-adik, cepat melenting, agak suka membebel bila aku penat. Lagi-lagi kalau adik aku sepahkan balik ruang tamu atau bilik bila aku jadi terlampau rajin mengemas. Aku akan menangis seorang diri dalam bilik bila aku berkecil hati dengan ibuku. Aku akan cuba sebaik mungkin sembunyikan tangisan dari pengetahuan dia. Sebab apa? Maaf itu sangat peribadi.
2- siapakah diri anda di samping rakan?
Aku adalah seorang yang suka bercakap atau dalam erti kata lain peramah, seorang yang sangat penyabar bila timbul masalah. Tapi, time tu juga migrain serang aku. Aku mudah menawarkan pertolongan, happy go lucky, lawak, mudah menyesuaikan diri. Sikap-sikap ni semua selalunya didedahkan oleh teman-teman rapat. Kalau pertama kali orang kenal aku, first impression mereka terhadap aku adalah serius, fokus, garang dan caring.hehehe..
3- 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai.
Kenapa tanya benda, tak tanya insan? hahaha. kalau insan, suami yang aku tak dapat lagi.wakakaka..=p
5 benda idaman yang belum tercapai lagi ialah:
1) Handphone Blackberry.
2) Kamera. tak kisah kamera apa, asalkan aku boleh snap gambar dan gambarnya cantik untuk dilihat.
3) Lesen kereta.baru dapat lesen L la.hahaha..=p
4) Kereta. Yang aku idamkan ialah Honda atau BMW. Gila demand.lalalala..
5) Rumah. Nak beli rumah aku sendiri dengan duit hasil titik peluh aku sendiri.=)
4-siapakah nama pasangan anda?
Susah ni nak jawab.hahaha.pasangan realiti tidak ada lagi setakat ni dan baru saja tidak ada.kuang3. Pasangan palsu yang terbaru adalah Jang Geun Suk!wawawawa..=p
5- ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda.
Memandangkan pasangan realiti tidak ada, jadi aku cerita pasal pasangan palsu aku.hahaha..Apa yang aku suka pasal dia adalah:
1) Senyuman
2) Kacak
3) Suara sedap
4) Romantik (berdasarkan lakonan dia)
5) Comel!
6-bila tarikh anda couple.
Jang Geun Suk pasangan aku yang bertarikh 22 Mac 2010. Lepas first paper final exam aku selesai..kihkihkih..
7-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Tidak ada yang pahit sebab aku rasa bahagia dengan hanya menonton Jang Geun Suk dari laptop. agagagaga!=p
8-lagu tema cinta anda.
Lagu "Promise"..Lagu OST drama "You Are Beautiful-A.N.JELL"..Ini Jang Geun Suk la selalu nyanyi untuk aku..gila perasan!hahahaha..=p
9-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda?
Tidak mahu Jang Geun Suk berubah apa-apa..hihihihi
10- tag 10 rakan yg lain
Oleh kerana aku kasihankan orang lain untuk menjawab soalan-soalan ni, jadi aku kunci tag ini ye Cik Faezah. Jangan marah...hahahahha..=p
********
Okey, masa untuk lihat pakaian-pakaianku dalam mesin basuh!tetttt!jemur kain dulu...=)
No comments:
Post a Comment