Monday, April 5, 2010

Home » , , » Promosi Majalah Pa & Ma..^__^

Promosi Majalah Pa & Ma..^__^


"Kau minat baca majalah macam ni?kau kan tak kahwin lagi.."

"Pelik la kau ni, macam mana la kau boleh baca majalah macam ni..hahaaha.."

Itulah antara kata-kata kawan-kawan aku dulu masa aku sekolah menengah lagi sampailah aku melangkah kaki ke sini. Sindir pun ada, puji pun ada. Tapi kebanyakannya hanyalah sindiran dan ejekan.

Salah ke kalau aku kata aku suka baca majalah PA&MA? Pelik ke? Hmmm...

Majalah ni aku baca secara konsisten sewaktu aku berada di tingkatan enam lagi. Mula mengenali majalah ni selepas adik bongsu aku lahir tahun 2002 kalau aku tidak silap la. Pada asalnya, sebab pertama yang buat aku tertarik pada majalah ni ialah gambar-gambar baby yang sangat comel! Ye, semuanya sebab aku terlalu sukakan kanak-kanak, sukakan bayi. Siapa yang tidak sukakan bayi yang suci dan naif kan?=)

Waktu tu, tiap-tiap bulan mesti aku tidak akan ketinggalan membeli majalah tersebut. Cuma sekarang dah slow down sikit sebab ongkosnya tidak berapa kukuh.hehe.

Majalah ni sangat berguna dan penuh dengan panduan serta ilmu keibubapaan yang lengkap. Bahagian yang paling aku suka dalam majalah ni ialah bayi penghias kulit, S & J Pakar Pediatrik, S & J Pemakanan dan S & J Psikologi Kanak-Kanak. Kebetulan aku punya adik bongsu yang masih kecil, sekarang berumur 8 tahun. Jadi aku rasa tidak ada salahnya aku cuba praktikkan panduan-panduan dari majalah ini pada dia. Terutamanya dari segi komunikasi antara kanak-kanak.

Bagi sesiapa yang baru berkahwin atau yang baru mengandung atau baru sahaja bersalin, aku syorkan pada anda atau kakak-kakak atau abang-abang beli majalah ni. Harganya pun berpatutan, RM 6 sahaja.

Dulu, aku pernah juga pinjamkan koleksi majalah PA & MA pada kawan aku yang baru berkahwin. Sekarang dia sudah memiliki seorang anak! Dia beritahu aku yang majalah ni banyak membantu dia sampailah sekarang! Mungkin sekarang dia pun sudah mula memiliki sendiri majalah ini..=)

Baru-baru ni pun aku ada sarankan pada kawan aku yang baru sahaja mengandung beli majalah ni. Itu terpulang pada dialah nak beli atau tidak. Aku hanya memberi saranan sahaja.

Erm, tak salahkan aku baca majalah ni sebelum aku berkahwin? Dan tak salahkan aku syorkan pada orang lain yang baru berkahwin beli majalah ni?hehehe..

6 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

woahh.. nice blog..
singgah sini jap.. :D

Unknown said...

meuzangelo:

thanx sudi singgah..=)

messyremo said...

bagus ape bce buku cmtu..
lgpun utk ilmu..hehe

Unknown said...

messyremo:

ha,tau takpe!hahahaha..=p

Munsyi said...

tak salah.Naluri keibuan akak tinggi.hehe. Bile lg nk dpt baby sendiri? TAk salah belajar awal.hehe

Unknown said...

munsyi:

hahaha..nak je..tp xkwin lagi mn nak dpt baby shu'bah oi..doakan akk cepat kawin..hihihihihi