Sunday, May 30, 2010

Home » » Karipap-Karipap Cinta-Terapi Minda Yang Santai

Karipap-Karipap Cinta-Terapi Minda Yang Santai

Imej sama yang diambil dari seberang sana..Takpe kan Mr Karipap?hehehehe

Entah kenapa la hari ni rasa nak terlebih update. Agaknya demam aku dah kebah. Jadi tenaga pun dah datang lebih sikit. Syukur alhamdulillah kerana diberi kesembuhan dariNya.

Walaupun aku demam sudah 3 hari, tapi aku gagahkan juga untuk habiskan Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M. Annuar. Rasa rimas kalau asyik terbaring je. Macam orang lemah semangat sangat. Jadi aku cari alternatif santai untuk hiburkan hati aku dan juga sebagai salah satu terapi untuk minda. Ya, Karipap-Karipap Cinta memang mampu jadi terapi untuk aku kerana ia berunsurkan komedi!weee~~

Ok, aku nak review sikit tentang watak-watak dalam novel ni:-

1) Sarah
Berpendidikan dari Universiti Al-Azhar Mesir tapi tidak mahu jadi ustazah. Minatnya terarah ke seni komik. Baginya untuk berdakwah tidak semestinya kena jadi ustazah, banyak lagi bidang-bidang lain yang boleh diceburi untuk menyampaikan dakwah. Apa yang sangat istimewa tentang Sarah ni, dia ada kebolehan bersilat dan pandai membuat karipap!=)

2) Ali
Seorang jurugambar. Panik dan terburu-buru membuat sesuatu keputusan. Mungkin sebab dia terlalu sukakan si Sarah ni yang buat dia jadi tak tentu arah macam tu. Sampai boleh menipu Sarah yang dia juga berkelulusan Al-Azhar. Tapi Sarah bukannya bodoh, senang sangat dia dapat menghidu yang Ali menipu. Cuma Ali yang tidak tahu bahawasanya Sarah sudah tahu yang dia menipu. Akhirnya Ali yang malu sendiri. Lawak lawak!hahaha...

3) Rambai
Teman serumah Ali dan kawan sekerja Sarah. Dari Rambai juga lah Ali dapat mengenali Sarah dengan lebih rapat.

4) Aman
Kawan rapat Ali dan juga merangkap kawan sepejabatnya. Selalu minum dan makan bersama ketika waktu rehat. Kadang-kadang bukan waktu rehat pun diorang ni lepak.

5) Datuk Razali Bunari
Ha, dia ni bos Ali dan Aman yang suka marahkan kakitangan dan tak habis-habis nak jatuhkan Datuk Mukhzanuddin yang merupakan pesaingnya dalam bidang politik. Tapi agak berjiwa sensitif walaupun buruk perangainya. Susah nak dijadikan pemimpin contoh. hahahaha...

6) Bart Rasta
Watak ni paling unik pada pendapat aku. Bart Rasta boleh dikatakan orang seni yang suka bermain gitar di tepi jalan sambil menyanyikan lagu ciptaannya dan mendeklamasikan sajak. Seorang yang ekspresif (seperti yang dinyatakan dalam novel).

Banyak lagi watak-watak yang menyerikan garapan novel ini. Ini adalah antara watak-watak yang aku suka terutama sekali no 1 dan 2..Of course la sebab Sarah dan Ali tu la watak utama dalam novel ni.ngee~~


Yang ni dari google. huhuhu

Apa yang simboliknya pada cover depan dan belakang novel ni ialah misi Ali dan rakan-rakannya iaitu Aman, Rambai dan Rudi semata-mata demi cinta Ali pada Sarah dan maruah keluarga Sarah. 3 orang menutup muka masing-masing dengan kain pelekat macam korang tengok kat cover tu la. Rudi jadi tukang menunggu dalam kereta. Yang lucunya, Sarah turut terlibat dalam misi itu dan dialah salah seorang pemakai topeng ninja kain pelekat lalu membuka pencak silatnya. Ceewaahhh!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, beli la novel ni. Serius aku cakap, tak rugi korang beli! Beli jangan tak beli..ngeh3...=p

Ada beberapa penggiat seni yang dimuatkan dalam novel ni yang tak pernah aku tahu kewujudannya sebelum ini seperti Sindiket Sol-Jah, Pekan Frinjan dan Komik-M. Memang diorang ni aktif di luar sana.

Agak-agak la kan, siapakah yang berselindung di sebalik topeng ninja kain pelekat tu ye?hehehe..Gadis yang menghiasi cover novel ni macam familiar je..Hmmmm...

10 comments:

ceksumolek's said...

ahah.. tadi tghri baru jer belek buku nih di MPH alamanda.. nk beli tapi tangguh2 dulu..

Unknown said...

aisumi chan:

ala..rugi tak beli td...besh sgt cte ni tau..=)

zulfadzly. said...

haha..takpe2 aku halalkan..x khatam lagi..jd aku xmo baca review ko nih..nanti anti-klimaks..haha..

Unknown said...

zulfadzly:

aik,mana karipap lover?ngeh3..orait2 xyah baca..kan aku dh ckp tkt selera ko menurun..hahahaha..=p

Anonymous said...

nak pinjam ngn awk....hehehehe

Eddie said...

Trackback artikel ini: http://eddie.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=448

ZianaRazali said...

kena mintak kakak beli ni sebab dia penggemar novel..nanti bolehla saya tompang2 baca..hehehe

Unknown said...

@Anonymous

boleh...kasi nama penuh,alamat dan no tepon!hak3!;p

Unknown said...

@Eddie

oh thanks a lot!:)

Unknown said...

@aNaYaNa

sila2 suruh dia beli...hehehe