Tuesday, June 1, 2010

Home » , , , » Sayang>Kasih Sayang>Cinta...Aku Nak Merepek Jugak Malam Ni..

Sayang>Kasih Sayang>Cinta...Aku Nak Merepek Jugak Malam Ni..


Sayang. Satu perkataan sahaja. Cuba jangan campur dengan perkataan lain. Apa yang kita faham tentang sayang? Satu perasaan yang ada pada setiap diri kita. Kadang-kadang ia tidak lahir dengan sendirinya bahkan ia juga perlu dipupuk dan perlu disemai. Cuba semai ia dengan ikhlas. Mampu??

Pasti mampu. Masa dan keadaan yang akan membuatkan sayang makin kukuh sesama kita. Maka level sayang itu akan naik ke tangga seterusnya iaitu kasih sayang. Seperti ikatan ibu bapa dengan anak-anak. Bertahun hidup bersama mereka, saling berkorban demi mengukuhkan ikatan kasih sayang, saling menangis untuk kepayahan dan kegembiraan, saling memperbetul kesilapan, saling bermaafan, saling mendengar berita suka dan duka, saling menasihati, saling mengasihi. Lengkapkah kita dengan semua ini? Beruntunglah jika kita mempunyai benih-benih sebegini yang tersemai dengan cantik dan elok serta tumbuh dengan subur sekali.

Pabila benih-benih ini sudah bercantum menjadi satu, ia terus meninggi menjulang cinta. Cinta terhadap ibu bapa dan juga sebaliknya. Cinta yang membuatkan kita sanggup berkorban hatta nyawa sekalipun. Cinta yang bertunjangkan ketaatan, tanggungjawab dan keikhlasan. Berpaksikan cinta DIA. Sekalipun cinta itu bercabang ke serata tempat, tetap terpaksi padaNya. Percaya kepada ketentuanNya dan kesediaan dalam mengumpul sesuci redha agar kita tidak meratap dan kecewa dengan kehilangan mereka yang kita cinta sekalipun ibu bapa kita.

Namun, cuba kita bayangkan jika benih-benih sebegitu tidak ada dalam sesebuah keluarga? Dimaki, tertekan, dipaksa, tiada tolak ansur, penuh dengan keegoan dan kadang-kadang ada yang dizalimi dan menzalimi. Apa reaksi kita? Hati-hati. Keadaan begini boleh membuatkan tekanan perasaan yang amat dahsyat sehingga boleh membawa kepada impak yang begitu berbisa. Mungkin juga menjadi racun yang amat sukar diubati. Jika tersilap langkah dalam menanganinya, mungkin tersasar. Di sinilah kekuatan iman dan hati memainkan peranan penting.

Lepaskan perasaan itu. Tetapi jangan pada jalan yang salah. Lihatlah sekeliling. Bukan hanya dalam solat atau membaca Al-Quran sahaja yang membolehkan kita mengingatiNya bahkan alam. Lihatlah pada alam. Kerana seluruh alam dan makhluk ini milik Allah. CiptaanNya yang mempunyai sebab dan tujuan. Bukan sia-sia. Allah ada di mana-mana. Mata hati kita yang perlu mencariNya dalam segenap pelusuk alam kerana kita memerlukanNya untuk petunjuk, hidayat serta ketenangan yang abadi.

Bicara dan komunikasi juga satu cara yang bagus untuk melepaskan perasaan yang memberontak dari dalam akibat benih-benih sayang yang tidak sempat bersatu. Menangislah, lepaskan. Tak lega banyak, sikit pun jadi la.

*******

Waaa penat sangat hari ni, sakit urat sebab dah lama tak beriadah! Tarik upih pun tarik upih la untuk sambutan hari guru. Tarik budak je pun tapi sebab dah lama tak berlari, otot mula jadi kejang biarpun dah warm up..uwaaa!

4 comments:

mr. junior said...

cinta sebenar adalah pada ALLAH yang MAHA BESAR

Unknown said...

mr Junior:

yup betul tu..=)

Anonymous said...

bukan semua manusia mempunyai sifat sayang

Unknown said...

touyakaruma:

ada..cuma kita xnmpk n xsdr...wlpn cuma secebis...