Wednesday, May 5, 2010

Home » Lakaran Lukman, Adawiyah dan Sarah

Lakaran Lukman, Adawiyah dan Sarah

Hampir tiga minggu berada di SRI AL HAFEEZ. Pengalaman baru dan agak asing bagi aku. Agak asing mungkin disebabkan kerja-kerja pejabat yang tidak pernah aku buat sebelum ini. Alhamdulillah berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada guru-guru di situ, aku semakin terbiasa dengan alam sebegitu.

Berada bersama pelajar-pelajar cilik, adakalanya terasa ingin memarahi, adakalanya mencuit hati. Petang semalam aku memang benar-benar naik angin dengan dua orang gadis kecil. Merangkul tengkuk aku dan bergayut padanya hinggakan tercabut kerongsang tudung aku. Apalagi, suara aku terus naik, tambahan lagi masa tu aku agak kelam kabut untuk balik. Mengamuk juga la aku. Pagi ni, mereka berdua datang bersalaman dan meminta maaf daripada aku serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi setelah aku menegur sikap mereka yang agak keterlaluan semalam. Mungkin juga aku terlalu memanjakan mereka. Hmm..

Akhlak sebegini lah yang telah diterap oleh para pendidik sekolah di sini. Mengakui kesalahan sendiri dan meminta maaf di atas kesilapan yang telah dilakukan. Betul-betul boleh menyejukkan hati la budak-budak ni.

Minggu lepas dan minggu ni juga aku dapat beberapa lukisan potret aku daripada beberapa orang pelajar. Tak sangka juga ye aku ada peminat. hahahaha..Terharu juga dapat lukisan daripada anak-anak kecil..


Dilukis oleh Lukman. Budak cerdik yang banyak mulut.


Adawiyah. Sekejap saja faham buat homework dan suka main game dalam hp aku. Manja jugak budak ni kalau sakit. eheh..


Baru semalam dapat lukisan adik Sarah ni. Budak ni lain sikit. Boleh masuk dengan individu yang tertentu sahaja. Kira aku ni bertuah la disukainya. eheh. Tiap-tiap pagi datang salam dengan aku dalam pejabat.

Lukisan-lukisan mereka ni semua menggambarkan mereka dalam keadaan yang gembira dan ceria waktu di sekolah. Agaknya kalau lah aku tak bekerja kat sini lagi, mesti asyik terbayangkan keletah mereka. Alahai...huhuhu

2 comments:

Munsyi said...

budak2 senang rapat dgn kmu kak. Rajin layan diorg kot.

jgn manjakan sgt ek. setuju kalau diorg buat salah, kena tegur. =)

Unknown said...

munsyi sama:

akk mmg suka bdk2..hari2 dok layan diorg,jd camtu la..tp kebanyakan perempuan la yg rapat yg akak..hehehe