Thursday, May 13, 2010

Home » , , » Syukur PadaNYA..Terima Kasih Walid, Terima Kasih Ummi dan Terima Kasih Sahabat..

Syukur PadaNYA..Terima Kasih Walid, Terima Kasih Ummi dan Terima Kasih Sahabat..


13 Mei 1985..Tarikh aku lahir ke dunia ini..Maka dengan itulah juga aku sudah berumur 25 tahun buat tahun ini..Terima kasih Ma kerana melahirkan anakmu ke dunia ini..Terima kasih Ma Abah mendidik, mengasuh, dan membesarkan Tini..Terima kasih mengajar anakmu ini bagaimana perlu solat, memberi pengetahuan agama, memarahi diri ini kerana kasih dan sayangmu, kerana mahu diriku menjadi manusia yang berguna serta taat padaNya..Terima kasih Ma Abah! Walaupun Ma Abah tidak pernah melihat atau membaca coretan anakmu di sini, ku ingin memberi penghargaan buat kalian pada ruangan maya ini..Mungkin coretan di sini sahaja yang akan menjadi kenangan terindah buat kalian jika diriku tidak ada lagi di dunia ini..

Tahun ini aku langsung tidak mendapat sebarang material berupa hadiah. Tapi semua itu tidak membuatkan aku terkilan sedikit pun. Aku tetap gembira dan makin gembira kerana lebih dari 50 orang sahabat yang memberikan kata-kata ucapan dan doa ikhlas buat diri aku walaupun dengan hanya menulis di dinding facebook dan sms!. Terima kasih sahabat-sahabatku ku semua!Kegembiraan ini yang Allah gantikan untuk diri aku walaupun sebelum ini kesedihan bertandang tak bertepi!TERIMA KASIH SEMUA!

Aku terharu!huhuhu..hari ni airmata gembira, bukan airmata sedih...Selamat Hari Lahir juga buat sahabat dan sesiapa sahaja di luar sana yang punya tarikh lahir sama dengan aku..=)

Doa Hari Lahir:

"Ya ALLAH, panjangkanlah
usia hamba-Mu ini, agar lebih lama dapat dia mentaati-Mu. Jadikanlah
kehidupannya sebagai ladang, moga di akhirat kelak dapat hamba-Mu ini
mengutip hasilnya.Ya ALLAH, tambahkanlah amalan hamba-Mu ini di
saat bertambah usianya. Jadikanlah cahaya-Mu yang bersinar menyinari
jalannya. Rehat hamba-Mu ini ialah rantaian zikir, rantai yang dia
kalungkan pada lehernya, sebagai tanda cintanya pada-Mu.Ya
ALLAH, janganlah Engkau mensia-siakan segala usaha hamba-Mu ini mencari
haruman syurga ciptaan-Mu, tempat rehat dan nikmat abadi. Amin..."

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-25!

*****

-Thanks Fakhitah untuk doa hari lahir tu..credit to you my dear..=)
-Belajar sudah, kerja sudah, kahwin tak sudah lagi..kena ambik berkat walimah orang lain ni..ehehehe..=p

7 comments:

Anem Arnamee said...

bestnyer:)

sama2 akak syg:)

Unknown said...

anem:

sayang anem!huhuhu

amar haziq said...

saya lahir 12 mei 1989..hehe

jenguk2 lah blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Cik Norfa said...

kau & aku....Seusia...

selamat hari lahir!

aku turut sama aminkan doa sahabatmu itu.

Unknown said...

amar haziq:

ooo ye ea haziq..happy belated birthday!=)

cik norfa:

sama2 muda la kita ye..hihihi..doa 2 shbt aku yg bagi..hehehe..aamin

niesz said...

heppy belated besday ya! :)

Unknown said...

niesz:

thanx niesz!huhuhu