Monday, May 17, 2010

Home » , , » Tugas Seorang Guru Amat Mencabar..Marah-Marah Sayang

Tugas Seorang Guru Amat Mencabar..Marah-Marah Sayang

Dah lama rasanya tidak menulis walaupun hanya beberapa hari aku tidak mengupdate blog ni. Berat sungguh rasa mata pagi tadi. Tercongok dalam pejabat yang sejuk. Tambahan cuaca mendung sekarang. Mengundang mata untuk tertutup. Ok abaikan...hehehe..=p

Suka rasanya hari ni untuk berkongsi satu hadis yang telah di sms kan oleh Kak Ina iaitu seorang ibu, seorang guru dan juga seorang pengetua kepada aku.
"Sebaik-baik manusia dan sebaik-baik orang yang berjalan di permukaan bumi adalah pendidik. Kerana setiap kali AdDeen terancam pencemaran, merekalah yang meluruskan kembali. Berikanlah sesuatu kepada mereka tapi janganlah kalian jadikan upah buat mereka. Sekiranya seorang pendidik berkata kepada seorang anak: 'Bacalah Bismillahirrahmanirrahim' lantas anak itu membacanya, maka Allah mencatat sebagai pembebasan bagi anak itu, pembebasan bagi pendidik itu dan pembebasan bagi kedua orang tuanya dari NERAKA." [Hadis Riwayat Ibnu Abbas R.A]
Dari hadis ni, kita dapat simpulkan betapa mulianya kerjaya seorang guru. Guru bukan sekadar seorang guru semata-mata tapi seorang pendidik, pengasuh dan juga pembimbing. Boleh dikatakan mereka adalah ibu dan bapa kedua buat kita di sekolah atau universiti atau di mana-mana sahaja.

Sejak aku bekerja di sini, walaupun bukan sebagai seorang guru, aku dapat melihat sinar keikhlasan dari setiap guru di sini. Bukan tidak ada anak-anak murid yang nakal, suka melawan, suka tinggikan suara dengan guru tapi jiwa guru sangat kental dan sabar menangani kerenah pelajar-pelajar.

Adab dan akhlak amat ditekankan di SRI AL HAFEEZ. Adab sesama mereka juga adab terhadap guru. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam umur yang amat muda beginilah deen dan akhlak mahmudah perlu diterap secara bijaksana.


Kemesraan antara guru dan pelajarnya..sweet..

Guru oh guru. Tanpa mereka siapalah kita sekarang. Mencurah ilmu tanpa mengira penat dan lelah. Tidak jemu-jemu.

Teringat masa aku sekolah menengah dulu. Ada seorang ustazah yang mengajar subjek nahu waktu aku di kelas peralihan. Sekolah arab biasanya ada kelas peralihan dulu sebelum naik tingkatan 1. Tapi sekarang, rasanya kelas peralihan sudah dibubarkan sepenuhnya. Ustazah tu memang paling garang di sekolah waktu tu. Salah sikit, kena tarik telinga kemudian habis satu masa kelas dia akan membebel.

Kesannya, di atas sikap dia yang beginilah membuatkan aku faham subjek nahu dan sorof. Subjek pemangkin untuk subjek-subjek arab lain. Bertitik tolak dari situlah aku mula meminati bahasa arab sehinggalah aku tamatkan pengajian aku pada tahun ini.

Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu dan bakti pada diriku terutama sekali guru-guru di SRK Sultan Ibrahim (1), Maahad Muhammadi Lilbanat dan juga pensyarah-pensyarah di Matrikulasi (sekarang dikenali sebagai Centre of Foundation Studies) serta Kampus Induk UIA Gombak.

TERIMA KASIH GURU!=)

6 comments:

niesz said...

cikgu!!syg sama kamo!

Unknown said...

niesz:

sayang..sayang...sayang..^__^

mamawana said...

Mama nak tumpang caiyang ...caiyang gak...kat semua guru2...cai yang caiyang kat zihnunfatin...ihiikk

Unknown said...

mamawana:

sila2 mama...caiyang mama jgk!uhuk!

Faarihin said...

tanpa guru tiadalah anak murid.. (^__^)

Unknown said...

faarihin:

ye,betul 2 sayang...=)