Tuesday, July 20, 2010

Home » , » Rezeki Aku..Belajar Bersyukur..

Rezeki Aku..Belajar Bersyukur..


Busy.Busy.Busy. Ah, bukannya sibuk sangat sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Sekarang aku diberi amanah yang baru. Amanah menjadi seorang guru. Aku rasa kawan-kawan aku kadang-kadang keliru aku ni kerja apa. hahaha...Aku lakukan pelbagai tugas, bukan hanya tertumpu pada satu tugas sahaja, sebab tu keliru..Salahkanku...Jangan salahkan ku...kih kih kih...

Aku kerja biasa-biasa saja. Sebagai pembantu tadbir a.k.a kerani. Ok lah daripada aku menganggur..ngee...Lepas saja aku habis final paper untuk final sem aku, terus aku balik rumah. Masa minggu exam lagi, abah call aku tanya macam mana kerja. Adoi, tak habis exam lagi abah aku dah tanya pasal kerja. Agak stress jugak la pada mulanya. Tapi bila dia cakap nak pergi tanya kerja kosong kat sekolah adik bongsu aku, aku kata suka hati abah la. Mungkin masa tu aku tengah serabut, jadi apa yang aku cakap cuma ya ya ya ya...

Habis saja final paper, abah aku datang ambil kat UIA. Angkut sekali barang-barang berharga aku. Satu pun tak tinggal sana, kecuali selipar tandas. keh keh keh....Dalam perjalanan balik, abah aku suruh siapkan resume, nak hantar kat Tuan Pengerusi. Tak sampai seminggu aku berfoya-foya di rumah, aku dipanggil oleh Tuan Pengerusi untuk ditemuduga. Serius, aku memang tak prepare apa-apa pun pergi temuduga. Dalam otak aku ni hanya fikir nak rehat je. Penat belajar!

Tapi, Allah memang sudah sediakan pintu rezeki di situ buat aku. Aku pergi temuduga, minggu selepas itu aku dapat panggilan bahawa aku diterima bekerja di Sekolah Rendah Islam Al Hafeez. Gembira dalam terpaksa aku terima kerja ini pada mulanya. Faktor utamanya sebab selama sebulan abah aku tidak ada di rumah, ada urusan. Jadi, aku lah yang ditugaskan untuk jaga adik aku, pergi sekolah dengan dia, balik dengan dia. Ada sebab kenapa aku berperasaan sebegitu, walaupun sebelum ni selalu je dalam situasi yang sama. Siapa cakap aku tak sayang mereka? Sayang sangat! Pengorbanan yang aku buat ini pun tidak seberapa sebenarnya...huhuhu

Kali pertama melangkah kaki ke sana untuk bekerja, aku agak kalut. Tapi alhamdulillah guru-guru di situ memahami especially Mudiroh, Kak Fai dan Ta. Mereka banyak bantu aku. Syukur, aku jumpa kasih sayang yang melimpah ruah kat sana. Para pelajar di sana, masyaAllah. Tengok sekali pun dah rasa sayang!Budak mana yang tak comel, tambah lagi kalau akhlak pun bagus!=)

Kerja aku tertumpu dalam pentadbiran sekali dengan Mudiroh. Walaupun gaji sikit sangat, bak kata Mudiroh,"gaji kita ni bawah paras kemiskinan lagi",tapi aku dah jadi tak kisah dengan adanya budak-budak comel dan guru-guru yang baik kat situ. Dulu, rasa nak cabut cepat-cepat tapi sekarang rasa dah melekat sangat dengan mereka. Pakai jampi ke??hahaha...

Ketika di program "Hari Cakna Palestin"

Dan sekarang, kadang-kadang aku tolong cikgu-cikgu gantikan kelas kalau mereka tidak dapat datang. Apa-apa tugas pun aku akan tolong selagi termampu...Orang lain masih ramai yang tak dapat kerja, jadi aku kira aku ni dah cukup beruntung dapat kerja. Syukur syukur....

Kalau la rezeki aku di tempat lain lepas ni, aku pasti rindukan wajah-wajah mereka. huhuhu...Tapi kalau rezeki aku memang betul-betul kat situ?? Allahua'lam...

******

yeayy! malam esok pergi UIA lagi..mintak cuti hari khamis dan ahad. Mudiroh sporting!sayang kat aku punya pasal!ngeh ngeh ngeh!=p

8 comments:

Menderas said...

Alhamdulillah, murah rezeki kamu. :)

Unknown said...

amirul faiz:

alhamdulillah aamin...syukur sgt2..=)

muhamad amin ismail said...
This comment has been removed by the author.
muhamad amin ismail said...

Bila bersyukur... pasti akan ditambahi ... moga kita senantiasa bersyukur.. :)...eh lupa...salam ziarah...

mamawana said...

Alhamdulillahirabbil alamin...kita teruskan bersyukur hingga ke hujung nyawa...May Allah swt bless you.

Unknown said...

amin:

insyaallah...huhuhu..thnx singgah ke sini..=)

mamawana:

syukran mama...=)

محمد حذوان بن حميدان said...

tahniah cikgu.. (^_^)

Unknown said...

mekacihhh...hehe