Thursday, July 15, 2010

Home » , » Roh Pasti Sakit Jika Makanannya Tidak Mencukupi

Roh Pasti Sakit Jika Makanannya Tidak Mencukupi


MasyaAllah. Mata aku menyaksikan aura kehitaman hari ini. Tergamam, terkejut, tak terkata aku dibuatnya melihat kejadian itu.

Perasaan hasad dengki pada orang lain boleh membuatkan amalan-amalan baik kita terbatal bukan? Individu P.H.D ni akan selalu nampak keburukan orang lain, sentiasa mencari kesalahan orang lain walaupun sekecil-kecil kesalahan. Orang lain dia tidak mampu hormat, jadi macam mana orang boleh menghormati dia?

Benda yang remeh dia boleh perbesarkan. Bercakap kasar dengan orang lain hatta orang yang lebih tua daripada dia. MasyaAllah. Dulu dia dikelilingi kawan-kawan tapi sekarang kawan-kawan semua sedang menjauhinya. Tidak boleh menerima pendapat orang lain, rasa diri dia sahaja yang betul. Individu sebegini juga suka mendominasi orang lain. Bila orang lain tidak boleh menurut katanya, terus melenting marah. Kadang-kadang boleh jadi bengis. Wajah juga sudah hilang nur, hilang seri.

Bila profesionalisme hilang dalam diri, ini merupakan masalah personaliti individu tersebut. Setiap daripada kita punya masalah, punya dugaan masing-masing. Jadi tidak perlulah kita lempiaskan masalah kita pada orang lain. Orang lain jadi mangsa, hati boleh jadi tertutup bila dakwat hitam sentiasa dicurah-curahkan. Sombong, hasad dengki dan lain-lain penyakit roh boleh membuatkan roh manusia jadi sakit kalau makanan yang berzat tidak mencukupi.

Situasi tadi yang aku lihat cukup membuatkan tangan jadi sejuk walaupun aku hanya melihat, bukan terlibat. Aku hanya mampu menenangkan pihak satu lagi. Berjurai airmata dia. Dalam keadaan macam tu pun, dia tetap bersabar, menahan kemarahan yang sedang bergelojak. Dia sekarang jadi makin tenang kerana dia yakin dia di pihak yang benar. Betul, kenapa kita perlu merasa rimas dan takut bila kita di pihak yang benar bukan? Allah itu Maha Adil. Satu persatu Dia akan tunjukkan kebenaran di depan mata kita.

Moga kita semua tidak tergolong seperti individu sebegini. Ya Allah, hindarkanlah kami dari penyakit-penyakit roh yang boleh melemahkan hati kami. Aamin.

******

>"Jaja & Din" dan "Yuda di Padang Maya" dah khatam. 5th star aku bagi! Kedua-duanya punya kelainan tersendiri.


Sedikit petikan daripada "Jaja & Din" garapan penulis Noor Suraya:

"Dulu Din pernah berkata, Allah panggil kita tiga kali sahaja dalam hidup ini Faiza. Satunya panggilan azan untuk dirikan solat. Sebab itu, kalau sudah azan...Faiza jangan main-main lagi, teruskan solat. Biarpun saya tak ada nanti, saya yakin insyaAllah Faiza tidak akan abaikan solat. Kedua, panggilan haji. Sebab itu ada orang yang kaya, tetapi tidak dapat ke sana dalam hayatnya. Tetapi ada orang miskin, berpeluang menunaikan ibadat haji berulang kali pula dalam hidupnya. Dan yang terakhirnya, tentulah panggilan ajal, Faiza".

Ini pula petikan dari "Yuda di Padang Maya" oleh Xarine, karya keduanya selepas "Bintang-bintang Ke Syurga":
"Dia pula siapa?" soal Amsyar?

Alex berkata,"Orang ini orang kasar hatinya. Dia mempunyai penyakit hati. Setiap kali marah, dia akan mengikut kata amarahnya. Langsung tidak mahu menimbang dengan baik terlebih dahulu. Panas barannya tidak bertempat. Dia hidup untuk diri sendiri, langsung dia tidak menimbang kemaslahatan manusia lain. Dia menurut prasangka-prasangkanya tanpa menghiraukan orang lain. Dia sangka apa yang dia fikir, semua benar. Fikiran-fikiran orang lain semua salah. Lalu silap orang sedikit, terus dia tengking, marah, dan sebagainya. Pendapat orang lain langsung tidak berguna. Andai lelaki ini ada isteri, percayalah, isterinya pasti meranan. Telinga orang sebegini sudah tersumbat, matanya sudah buta, akalnya sudah gila dan hatinya sudah hitam. Orang sebegini langsung melihat kebenaran. Lalu aura merah itu adalah nafsu amarahnya yang sentiasa meluap-luap setiap saat dan setiap waktu. Sabar langsung tiada. Orang ini tidak perlu bisikan syaitan lagi untuk berbuat kejahatan kerana dia sendiri sebenarnya adalah syaitan."
******

>Bulan Ramadhan tidak lama lagi akan tiba. Marilah kita sama-sama bulatkan azam dan tekad untuk jadi lebih baik dan tingkatkan amalan-amalan baik untuk kesihatan roh kita. InsyaAllah. BarakAllahu fi kum..

13 comments:

♥Niesa' imana♥ said...

salam ziarah,kak..=)
kaifahal,ya habibaty..??
semoga ALLAH sentiasa mengurniakan akak kesihatan yang baik..insyaALLAH..

da lame kan ana x drop something kat cni..huhu..
asif2 ye kak...masa selalu cemburu pada ana..ana salu je bce n3 yg akak update..cme x sempat nk drop something..jgn la pulak akak pk yg ana da lupekan akak tau..huhu..1 thing 4 sure,akak salu ada dalam hati ana..^_^

sem ni ana kena wat kajian tentang org2 pelik la kak..penat pusing2 tgnu ni cari org pelik..hehehe..hamdalah da jumpe da da 3 org responden..=D n skrg ni tgh siapkan report..doakan semoga urusan ana dipermudahkan ye..=)

p/s:bukan je roh yang perlukan makanan..jasadi pun same jugak..
yg penting, mulailah untuk menghitung..sama2 la kita sambut seruan utk jaga keperluan fitrah JASAD dan ROH kerana hal ini menjadi lambang kesungguhan diri kita dalam menjaga agama kita..
wallahu a'lam..

Unknown said...

waalaikumussalam...

alhamdulillah tgh sht skrg ni...takpe..akk tau yani sibuk belajar...

wahh best 2..yani leh dapat ilmu baru...cari org pelik cmne 2 yani?personaliti cmne?

ahah lupa..jasad pn perlukan makanan...hehehe

♥Niesa' imana♥ said...

alhamdulillah kalau akak sihat..=)
hmm, stdent2 psychology ni byk sgt kan t'libat ngan masalah yg b'kaitan hati..no wonder la, kadang2 susah nak tafsir..huhu..

org pelik ni cam die buat something yg org len x buat..bukan terdiri dari org yg abnormal tp die jenis yg buat ape yg org normal x buat..

contoh, akak bce x paper kosmo bulan lepas..ade org india tu makan pasir, batu n tanah..tu lebih kurang cam org pelik la tuh..huhu..

Unknown said...

waaaa bgs la tu yani...akk pn xsmpt blj byk2 sblm ni,maklum la amk minor je...rindunye nk bljr psychology...huhu

Oh Malaysia said...

dalam hidup ni, kita kena percaya kpd hukum karma.... once kita dah berjaya, x semestinya kita akan jatuh tersungkur satu hari nanti.... so jgn riak, bongkak dan angkuh kalo dh bjaya. kan?

faezah^^ said...

wow.. nama karakter ade oras nama aku la kak..hoho

^_^

Unknown said...

Oh malaysia:

betul 2...ramai bila dh berjaya,sombong...br je de degree tp dh nk sombong...ssh2 org camni...huhu

faezah:

ewah pai...ttbe je ek...hahaha

Pena Daie said...

Hindari sifat mazmumah, hiasi dengan dengan sifat mahmudah...

Unknown said...

zul ikhwan:

insyaAllah...=)

Ieqa Swetluv said...

harap kawan akak byk2kan bersabar dan berdoa.. =)

Unknown said...

ieqa:

insyaAllah..tp dia skrg makin kuat..alhamdulillah..=)

farhi said...

kak tini, bacalah versus lak... best!!!

Unknown said...

Farhi:

insyaAllah...gaji x masuk lg maaa...hehe