6 Ramadhan 1431 Hijrah. Maknanya sudah 6 hari kita berpuasa. Melalui hari-hari Ramadhan dengan keletihan tetapi ianya berbaloi dengan kesabaran.
Dari semalam aku pening. Hari ni pergi kerja pun masih lagi pening. Melayang-layang rasa. Namun aku gagahkan diri juga demi memberi semangat dan dorongan untuk adik aku, Farid memandangkan ini hari pertama dia menduduki ujian bulanan ketiga.
Yang kelakarnya, adik aku menangis semalam sebab dia tersalah sangka aku tinggalkan dia di sekolah. Jam waktu tu pukul 3.30. Aku turun dari pejabat dalam pukul 2.30, pergi bank untuk membuat pembayaran KWSP dan SOCSO serta ke TNB bayar bil elektrik.
Tapi bila fikirkan balik, risau pun ada dengan adik bongsu aku nih. Kalau lah aku kahwin lepas ni, dibuatnya dia menangis lagi, macam mana lah aku nak buat nanti. Aku terlalu manjakan dia atau terlalu mengambil berat?
Pertama kali dalam hidup kena jaga budak-budak ni menjawab kertas soalan ujian bulanan ketiga bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Untuk tahun 2, kertas Bahasa Malaysia kedua juga ada iaitu penulisan. Aku dipertanggungjawabkan untuk mengawasi tahun 1 Bukhori Ba dan 2 Muslim. Tahun 2 untuk kertas penulisan bermula pada pukul 12.30.
Kertas ujian kali ini semuanya agak susah dan mencabar untuk budak-budak yang lemah. Adik aku tidak ketinggalan tergolong dalam kategori pelajar yang lemah. Tetapi alhamdulillah dia sudah mampu membaca dalam bahasa Melayu, cuma agak perlahan. Jadi, jawab kertas soalan pun perlahan. Semalam pun dia ada buat latihan sikit-sikit. Kalau ada rezeki, insyaAllah meningkat sedikit peratusnya daripada sebelum ini.
Aku pula masih lagi dengan kepala yang kepusingan serta kepenatan. Hati walang apabila teringatkan kisah yang menyakitkan itu...Huuu...
Masa untuk berbuka dah hampir..Selamat Berbuka!
Doa waktu ni mustajab kan?
No comments:
Post a Comment