Saturday, August 14, 2010

Home » , , , » Mesti Baca:"Sesejuk Maaf di Kalbu"

Mesti Baca:"Sesejuk Maaf di Kalbu"


Apa khabar saudara saudari, Muslimin dan Muslimat di luar sana? Bagaimana dengan bulan Ramadhan kali ini? Lebih mencabar? Banyak dugaan?

Apa pun jawapannya, aku doakan kalian tabah menempuh segalanya.

Emm, aku baru saja khatamkan novel sederhana tebal bertajuk "Sesejuk Maaf di Kalbu", karya Nor Atiqah Ghazali. Dulu, penulis ini menggunakan nama pena Wawa Zakitam ketika tulisannya pernah mendapat tempat di radio dan TV1 berbentuk manuskrip dan drama kanak-kanak. Walau apa pun, inilah julung-julung kalinya aku membaca penulisannya.

Kadang-kadang aku akan beli buku mengikut mood dan emosi aku. Jika waktu hati aku tengah bercelaru dan kebetulan berada di tengah-tengah bandar, tempat pertama yang akan aku tuju adalah kedai buku. Kalau pun aku tak beli buku, aku mesti pusing satu kedai buku sambil baca sinopsis dari pelbagai buku. Cuma minat aku lebih tertumpu kepada novel dan buku-buku cerita yang lain.

"Sesejuk Maaf di Kalbu" memang sinonim dengan hati aku yang tengah bercelaru waktu tu. Sedih dan walang di hati hanya Allah saja yang tahu walaupun aku turut sekali mengheret adik aku, Farid masuk ke kedai buku. Aku tak menangis depan dia. Sebolehnya aku tidak akan menangis di hadapan kanak-kanak sekecil dia.

Aku mencari sesuatu untuk menyejukkan hati aku waktu tu, cuba untuk tidak berfikir bukan-bukan, mencari sedikit kekuatan, motivasi dan penguat semangat.

"Sesejuk Maaf di Kalbu" mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang punya dugaan hidup masing-masing. Bersahabat dari tadika sampailah dewasa. Cuma kemelut hidup masing-masing yang buat mereka terpisah seketika di saat diri mereka meniti alam remaja. Pelbagai sikap negatif yang telah mereka lakukan. Berpunca daripada satu sebab yang sama. Ibu bapa. Mereka inginkan perhatian dan bimbingan.

Sebagai anak tunggal, Fazli masih mempunyai ibu bapa tapi lantaran mengejar kesibukan duniawi yang tidak kekal, anak mereka terabai. Memberontak dan mengisi kekosongan jiwa remajanya bersama Amirul. Pelajaran kedua-duanya juga tidak dipedulikan lagi.

Amirul juga mempunyai ibu bapa tapi kedua-duanya sudah bercerai. Ayahnya langsung tidak pedulikan mereka adik beradik, ibunya pula gila disebabkan stress dengan hidup, didera ayahnya, sepak terajang sudah biasa. Demi meneruskan hidup, kakaknya Noraini memilih jalan yang salah untuk mencari sesuap rezeki buat adiknya Amirul dan Norlaili dengan melacurkan diri.

Shukri seorang pelajar yang bijak. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, lantas mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Kejadian buli yang menjadi-jadi memaksa dirinya mencuri demi memenuhi kehendak si pembuli, lantaran ibunya merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 3 orang anak. Hidup tanpa seorang ayah yang tidak diketahui di manakah dia menghilang, membuatkan Shukri pernah jatuh ditimpa kemurungan dan kerinduan terhadap ayahnya diselang-seli dengan perasaan dendam.

Fazli bangun kembali untuk berubah apabila kedua ibu bapanya mula menyedari kesilapan mereka. Shukri juga bangkit kerana terbelai dengan kasih dan ketabahan ibunya.

Namun Amirul terkapai-kapai mencari panduan hidup setelah Fazli dan Shukri menjauhi dirinya demi satu perubahan yang positif. Dalam kekeliruan memilih halatuju hidupnya, Amirul akhirnya juga memilih jalan yang haram, menyertai Geng 7 melakukan pelbagai jenayah. Ditangkap oleh polis kali pertama dan dihantar ke sekolah Juvana. Lepas dibebaskan, dia mengulangi lagi kesilapan yang sama dan akhirnya dia ke tali gantung.

Tetapi, Amirul mengisi masa-masa terakhirnya dengan bertaubat dan menangisi dosa-dosanya yang lalu melalui bimbingan dan nasihat daripada sahabatnya Fazli dan Shukri. Mereka bertemu kembali di saat masing-masing melalui alam pertengahan dewasa.

Fazli belajar erti kemaafan daripada ibu bapanya yang tidak ego mengaku kesilapan masing-masing. Shukri menanam benih kemaafan dalam dirinya berkat sifat pemaaf yang ada dalam diri ibunya. Dan Amirul belajar memaafi orang lain daripada Fazli dan Shukri.

Beli lah buku ni, tak rugi sikit pun..Harganya pun hanya RM17 sahaja...Saja promote, berkongsi intipati bermanfaat daripada buku ni..=)

***************

Memaafi orang lain tidak mudah. Perkara pertama yang kita perlu buat adalah memaafkan diri sendiri dahulu kerana kita juga tidak sempurna. InsyaAllah kita mampu memaafkan orang lain. InsyaAllah i will. Allahummah dini fi man hadait...

Semoga Ramadhan ini memberi seribu erti buat diri kita...aameen...

3 comments:

miz said...

nape tak leh copy nieee...waaaaa nak ngis ah...dh ah urgent nie....sok kne wat laporan tok perhmpunan ri isnin

Unknown said...

@miz

boleh2 copy...tekan ctrl+c dulu...then paste kan kt mic.word...;)

good luck!

miz said...

thank u vry much...awk tlah mnyelmatkn sye...smoga ALLAH mmberkti idup awk...thanks ye kawan