Friday, August 20, 2010

Home » , , » Khalifah Allah Kena Kuat

Khalifah Allah Kena Kuat


Cuaca sekarang makin tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Maka, ia mengundang individu untuk sakit tekak, demam, sakit kepala, selsema dan sebagainya. Dugaan di bulan puasa. Kalau tak terdaya dan uzur syar'i, kita diharuskan berbuka puasa jika ia boleh memudaratkan kesihatan.

Hari ni, adik aku juga demam. Patut la masuk bilik aku, naik atas katil, kemudian menyelimutkan dirinya. Mula-mula aku tak rasa apa-apa, sementelah petang-petang ni hujan lebat. Aku tengok matanya asyik mengerdip, barulah aku rasa ada sesuatu yang tidak kena pada dia.

"Adik demam ke?"

Dia mengangguk lemah. Dia rapat sangat dengan aku daripada umur berapa bulan lagi, jadi aku cepat menghidu sesuatu yang tidak kena pada dirinya, hatta percakapannya pun sama ada tipu atau tidak.

Aku peluk dia, usap-usap kepalanya sambil aku berkata:

"Takpe, adik demam, adik puasa, adik sabar, adik dapat pahala banyak. Khalifah Allah kena kuat. Allah sayang orang sakit"

Kemudian, aku basahkan tuala kecil, letak atas dahi dia. Aku bacakan Al-Fatihah dan hembuskan ke arahnya sebagai ganti ubat. Tidur terus dia. Allahu yashfika akhil habib.

Setakat ni baru sehari adik aku tinggal puasa.Walaupun dia demam hari ni, dia tak tinggal puasa. Terharu aku tengok semangat dia.

Aku harap Allah berikan kehidupan dan kesihatan terbaik buat adik-adik aku. Janganlah mereka rasa apa yang telah aku rasa. Moga mereka sentiasa tersenyum dan gembira.
.

No comments: