Friday, September 3, 2010

Home » , » Tarianjemariseni, Ilham Suci Dan......

Tarianjemariseni, Ilham Suci Dan......


Salam Ramadhan yang ke 24..

Apa khabar diari mayaku? Sedar tak sedar kau sudah menemaniku selama setahun lebih. Dulu, satu apa pun aku tak reti makna blog. Aku juga tak tahu apa itu domain (tapi tak berapa faham lagi pun..hehehe).

Tahun lepas mungkin tahun yang agak mencabar bagi aku. Eh tak juga, sebenarnya setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun mencabar. Cuma situasinya berlainan, berat atau ringan. Awal-awal penubuhan blog ni, satu apa pun aku tak tahu nk buat. Tapi aku tanamkan dalam diri aku, kalau orang lain boleh buat, aku mesti boleh dengan cara aku yang tersendiri.

Aku dapat cucukan semangat daripada junior aku masa belajar dulu walaupun dia tak ajak aku buat blog sekali. Waktu tu aku tengok dia seronok sangat curah idea dan luahan hati dia dalam blog. Aku ada tanya juga macam mana nak buat blog. Memandangkan dia juga masih baru dalam pembikinan blog, jadi dia tak dapat terangkan dengan jelas pada aku.

Daripada situ lah, aku balik mahallah, aku buka blogspot, kemudian aku klik 'create blog'. Semuanya aku mulakan dengan tangan aku sendiri. Blogspot bagi aku friendly user. Sangat-sangat. Bagi sesiapa yang memang tak tahu apa-apa macam mana nak buat blog, blogspot ni sangat sesuai. Tak banyak songeh. Tak terlalu rumit untuk dipelajari. Yang penting kena ada sifat ingin tahu dan rajin mengeksplorasi. Rajin buat blogwalking dan belajar dari pemilik-pemilik blog yang pakar dalam hal internet, coding, software dan lain-lain.

Aku masih ingat lagi entri pertama aku adalah review pasal novel Surat Ungu Untuk Nuha, karya Noor Suraya, di bawah terbitan Jemari Seni Publishing. Bahasa yang digunakan pun bahasa sms. Perenggan pun tidak ada.hahaha!

Obses sangat waktu tu dengan novel-novel dari Jemari Seni Publishing, hinggakan url blog aku pun mengabadikan nama Jemari Seni. Takpe kan? hehe..Yang lain sikit sebab aku tambah 'tarian' kat depan tu. Tajuk blog aku buntu tak tahu nak letak nama apa masa tu. 'Ilham Suci' aku dapat sebab aku ingin hasilkan entri-entri mengikut acuan aku sendiri. Aku sempat juga buat banner sendiri guna Adobe Illustrator. Belajar sikit-sikit daripada adik aku. hehehe...

Perasaan berkongsi luahan dan pengalaman hidup kita ni lain sangat dalam ruangan maya ni. Tak dinafikan ada yang jujur memberi kata-kata semangat, malah ada juga yang biasa-biasa saja. Kadang-kadang aku rasa puas melahirkan emosi di sini. Kalau tengah sedih sangat, aku akan menaip dalam keadaan juraian airmata. Kalau gembira, sengih memanjang. Kalau marah, keyboard jadi mangsa kena tekan laju-laju.

Walau apa pun, tak semua perkara atau dalam erti kata lain hal-hal yang terlalu peribadi aku boleh kongsikan di sini. Taip sana taip sini, namun kita tetap perlukan seseorang untuk berkongsi dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Face to face. Heart to heart. Kerana blog juga tidak akan faham macam mana hati kita. Seolah-olah berbicara seorang diri. Yang menghingar bingarkan dunia blog adalah insan-insan. Bukan blog itu sendiri. Jika kita rasa blog itu hidup dan mendengar luahan kita, itu juga perasaan dalam dunia kita sendiri. Bila ada orang yang memberi respon di sini, barulah ada makna realitinya. Sebab tu lah komen-komen kalian amat diperlukan. Barulah tak rasa berkata-kata seorang diri. hehe..Apa aku merepek ni?haha...

Meleretnya aku rasa entri aku ni. Sebenarnya nak luah pasal benda lain Ilham Suci oi!(dah mula cakap sorang ni.haha)

Pendek cerita, daku mahu menikah, sudah menerima lamaran si dia tapi ada rintangan dari ibu bapaku. Dulu ada juga aku terima lamaran orang lain tapi tidak diluluskan oleh mereka. Doakan aku agar kali kedua dan orang kedua ini dapat melepasi cobaan..huuu

No comments: