Monday, September 6, 2010

Home » » Air Madu Sebagai Rawatan Tradisional Untuk Pesakit Asma

Air Madu Sebagai Rawatan Tradisional Untuk Pesakit Asma


Begitu pantas masa berlalu. 3 hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Ramadhan kali ini terasa lain sekali. Ada yang aku tak mampu buat sebelum ini, alhamdulillah berjaya juga. Tidak kurang juga apa yang aku mampu buat bertukar jadi tak mampu. Ikut hati nampak. emm...

Sudah 2 hari aku kena asma balik. Memang semalam tidur tak lena, pukul 2 lebih aku terjaga. Sudah agak lama aku tidak diserang asma begini. Semalam kemas rumah sakan. Kena habuk dan debu. Tak sangka pula sampai kena asma. Padahal aku dah tutup hidung dan mulut. Nasib badan, cik asma terkedek-kedek juga melancarkan perang semput.

Aku memang mengidap asma sejak dari kecil lagi. Menurut cerita ma aku, pada mulanya(time baby) aku mengidap paru-paru berair. Bertitik tolak daripada situ lah aku kena asma. Dari baby ke sekolah rendah sampai ke sekolah menengah aku diserang asma yang teruk.

Ulang alik ke klinik dari dulu lagi memang sudah jadi kebiasaan. Ubat asma, batuk, cair kahak, inhaler. Sampai sekarang aku agak cuak tengok semua tu. Masa umur aku 15 tahun, antara ingat dan tidak, abah aku pergi cari air penawar untuk aku. Selepas aku amalkan meminum air penawar tersebut, asma aku seolah-olah sudah hilang. Tidak seteruk yang dulu. Semput-semput sedikit je. Semua dengan izinNya.

Akan tetapi, dengan kehendakNya juga asma kembali menjengah. Waktu aku terjaga pukul 2 lebih semalam, sesak nafas sangat. Batuk. Dulu arwah nenek jaga aku kalau dia tahu aku sakit. Rindu tiba-tiba pada arwah. Arwah adalah orang pertama yang akan tanya tentang kesihatan aku. huuu..

Al-Fatihah..

Sesiapa yang ada asma, boleh la cuba amalkan minum madu dengan air suam 3 gelas sehari. Sekali minum satu sudu besar atau lebih. Guna sudu plastik, jangan sudu besi. Kacau arah lawan jam. Kalau nak lebih berkesan, simpan air suam yang telah dicampur dengan madu itu semalaman, kemudian minum pada esok hari sebelum gosok gigi. Ok, bunyi macam menggelikan sebab tak gosok gigi. hehe. Tetapi kebaikannya ia berfungsi untuk mencairkan kahak. InsyaAllah sepanjang waktu pagi tu, kahak akan keluar sedikit sebanyak.

Sebelum minum air madu, selawat ke atas Nabi SAW dan niat agar sakit kita disembuhkan. Jangan biarkan semput berlarutan baru nak mula minum sebab kesan dia lambat sikit. Seeloknya pada awal-awal simptom asma sudah timbul.

Sebagaimana yang kita telah ketahui, lendir pekat dalam saluran pernafasan akan menyebabkan kesukaran bernafas. Dengan batuk, kita cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan daripada lendir. Mengikut kata doktor waktu aku remaja dulu, asma akan berkurangan bila umur kita meningkat. Ada benarnya juga. Dulu-dulu memang asma aku lagi teruk. Rasa macam nak mati. Sakit sangat dada.

Kenalpasti faktor-faktor apakah yang menyebabkan anda alah padanya. Sesetengah pesakit asma ada yang alah pada makanan sejuk atau angin kipas atau debu. Dulu waktu aku dalam lingkaran asma yang paling teruk, aku alah pada ikan bilis, rambutan dan bulu kucing. Baru refresh balik ni ingatan sementelah aku diserang asma ketika ini. Semput!

Bila ada keturunan asma ni, tak semestinya yang lain-lain akan mengidap dalam bentuk lelah ni. Kadang-kadang ada juga kena dalam bentuk alergik. Dan adik aku adalah salah seorang daripadanya. Kalau luka sikit, cepat bernanah jika dibiar. Budak-budak biasalah, kena ingatkan selalu tentang kebersihan. Ma aku beli produk Elken untuk dia. Pagi-pagi lagi dia akan makan Dr.Xeniji(campuran buah-buahan) dan Kington(air garam laut asli). Dr.Xeniji macam antibitiotik dan antibodi untuk adik aku. Luka dan nanah dia cepat kering kalau dia makan benda tu.

Apa-apa pun, hanya Dia yang menyembuhkan segala penyakit. Kita hendaklah berusaha untuk mencari penawar. Kalau tidak ada kesabaran, kita pasti berputus asa dengan kesakitan yang Allah beri. Walhal sakit itu merupakan salah satu ujian kasih sayangNya. Aku bukan saja mengidap penyakit asma, malah ada lagi penyakit-penyakit yang mengiringi. Semangat dan sokongan teman-teman lah yang buat aku terus memahat kesabaran. InsyaAllah...

******
Nak siapkan satu entri pun semput jugak!huhuhu....

4 comments:

Adibah Razak said...

slm,npew tlisn kecik sgt,,,,xsyok la kak nk bce,,space kt tepi 2 tayah bsr cgt,,susa nk kne roll ke tepi2.. :p.tq

Embun Melati said...

wslm..
ni entri lama..space kat tepi rasanya tak adalah besar pun..mungkin pc akak kot screen resolution nya tak sama dengan pc saya pakai..lagipun kawan saya pakar grafik lagi design template ni utk saya..:)

Anonymous said...

assalamualaikum..:)..boleh sy taw keadaan pnyakit asma awk skrg..sudah bransur baik atau da xde lg? atau cmne :)

Embun Melati said...

Waalaikumussalam.

Boleh dikatakan asma dah tak ada. Semput biasa disebabkan penat tu biasa la. Cuma kahak sentiasa ada. Mungkin sebab paru-paru sejuk. Saya elakkan mandi malam dan pantang makan. Jangan minum ais.