Buat Pertama Kalinya Pada Syawal Ini

~Hari Raya Yang Buat Diriku Senyum Kembali~

Salam syawal semua...=)

Lamanya tak menulis di sini. 2 minggu cuti beraya terasa beku minda. Tidak tahu bagaimana untuk memulakannya kembali. Agak kekok sikit. heh. Ok2, aku mulakan tulisan kali ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....

Rumah kembali sunyi tanpa suara adik beradik aku. Yang tinggal lepas ni hanyalah adik bongsu aku. Rutin kembali seperti sediakala. Ahad dah mula kerja, balik kerja, makan, mandi, kemudian sebelah malamnya tidur dengan keletihan. *sigh.

Aidilfitri pada tahun ini mampu buat aku tersenyum dan gembira. Julung-julung kalinya aku memberikan duit raya buat ma abah dan adik-adik dengan duit gaji aku sendiri. Walaupun tak banyak, tapi aku rasa puas hati.

Dan buat pertama kalinya rakan-rakan sekolah rendah dan menengah dahulu datang beraya di rumah pada raya ketiga. Kebetulan ma buat lontong@lodeh banyak sikit. Kira macam rumah terbuka juga la. Sanak saudara juga datang memeriahkan rumah kami. Oh ye, entri sebelum ni aku mengkhabarkan lontong akan dibuat pada hari raya pertama tapi tak jadi sebab abah aku nak balik kampung dia lepas solat raya. Jadi, raya pertama memang sampai malam kami sekeluarga habiskan masa di kampung abah dan ma. Pagi sebelah abah, kemudian sebelah petangnya kampung ma. Stay sana sampai malam. Perut kami semua angin hari tu. hahaha....

Raya tahun ni juga ramai yang buat kenduri kahwin. Aku tidak terkecuali menerima jemputan sahabat ke majlis kesyukuran mereka. Tahniah Radiah dan Siti Fatimah. Moga Allah memberkati kalian dan suami serta kekal hingga ke akhir hayat.

Apa yang istimewa sekali raya tahun ini, di walimah Siti Fatimah (ex-classmate sekolah rendah), terjadilah pertemuan beberapa mata di antara kami, warga kelas 6 Dahlia 1997. Walaupun tak semua yang datang, tapi sudah cukup membuatkan kami semua gembira, mengimbau kembali kenangan-kenangan sewaktu sekolah rendah dahulu. Sadisnya, ada juga yang tak cam aku. Lain benor ke muka aku Beran? sob sob sob................

Lepas sahaja menjamu selera, kami semua bergambar kenang-kenangan bersama pengantin dan membuat keputusan untuk berkumpul di rumah Haniff. Aku pun baru perasan dia ni anak YB kat Pasir Mas. hihihi..Tapi, orangnya masih macam dulu, tak sombong walaupun dah jadi anak orang besar.


~Selamat Pengantin Baru Siti~

Akhirnya, semua yang terkumpul adalah seramai 9 orang. Hanya 2 orang tidak dapat pergi ke rumah Haniff, tolak pengantin (Siti) dan Nadia. hehe..Maka, hanya 6 orang lelaki, 3 orang perempuan. Masing-masing saling bertingkah menyebut kenangan yang melucukan dulu. Gembira walaupun malu-malu sikit. Maka gambar kenangan pun jadilah skema dan control. hihihi...Dan paling kelakar, masa balik dan sampai rumah, baru aku perasan yang aku terlupa salam dengan Suma, excited punya pasal. hahaha...


~Ok, semua senyum sumbing..hahaha~

Buat sahabat-sahabatku, Fahmi, Haniff, Sobran, Afiq, Danial, Hadi, Faizah, Sumaziana, Nadia dan Siti..Terima kasih sangat-sangat di atas momen yang mengembirakan ini. Moga ukhuwwah di antara kita semua terus utuh. InsyaAllah lepas ni kita buat lagi reunion yang lebih besar. Siapa tahu bukan? Mungkin di walimah Haniff? yeayyy!

~~Terima Kasih Allah Di Atas Kurniaan Ini..Terima Kasih Tidak Terhingga~~
Alhamdulillah..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...