Mungkin seceria ini?
Benarlah janji-janji Dia. Sentiasalah membenarkan janjiNya yang tidak pernah dimungkiri terhadap para hambaNya yang kadangkala alpa mengingati Dia. Sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkan diri kita ketika susah dan senang. Alhamdulillah.
"Ceria akak tengok awak hari ni", Kakak tersenyum sambil menyentuh lembut pipiku.
"Ceria ke akak? Muka saya ni makin hangus. hehe..entah, hari raya ni adalah raya yang paling gembira buat saya buat pertama kalinya", aku membalas senyumannya sampai ke telinga.
Aku berkongsi segalanya dengan Kakak pengalaman beraya tahun ini. Betapa Allah Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui keperitan zahir dan batin aku selama ini. Setiapkali aku bercelaru, aku akan baca artikel ini dan ini. Ada dua sebab kenapa aku rajin baca berulangkali artikel-artikel tersebut:
1) Aku tidak baca secara detail sekaligus artikel-artikel tersebut supaya aku tak rasa boring untuk membacanya lain kali.
2) Aku akan dapat sesuatu yang bermanfaat dan mendapat satu jalan penyelesaian setiap kali aku membacanya.
Walaupun tidak 100% aku aplikasikan jalan penyelesaian tersebut, tapi boleh dikatakan aku dah berjaya sikit-sikit. Tak berani lah nak letak berapa peratus. ngehehe~..Yang penting aku sudah mencuba dan berusaha. Kemudian berdoa dan bertawakkal.
Model paksa..ngehehe~~
Sebelum Ramadhan atau awal Ramadhan, lebih kurang gitu lah, antara ingat tak ingat, Kakak telah menghadiahkan aku sebuah buku yang bertajuk Diari Sufi, karya Siti Munazakiah. Indah sungguh bahasa dalam buku tersebut. Penuh dengan doa-doa. Di sini dapat disimpulkan, betapa penulis memaparkan betapa pentingnya doa dalam kehidupan seharian kita walaupun doa itu nampak seperti remeh dan pendek saja, sebagai contoh Doa Di Waktu Pagi & Petang:
أعوذ بكلمات الله التامة من شرما خلق
A'uzubikalimaatillaahittaammati min syarri ma khalaq
"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa yang terjadi"
Doa di atas adalah salah satu doa yang aku petik dari buku tersebut pada permulaan bab. Sesungguhnya doa itu bekal dan senjata untuk kita. Kita ini hanya insan yang lemah. Bantuan siapa lagi yang kita perlukan selain Allah dalam mengharung hidup kita seharian?
Namun, Kakak pernah berpesan pada diriku:
"Jangan terlalu gembira dan jangan terlalu sedih dengan setiap sesuatu. Kelak kita yang akan tersungkur. Maka bersederhanalah".
Lebih kurang begitu lah kata-kata nasihat dan penguat semangat untuk diri aku. Lalu aku lebih berhati-berhati dan cuba untuk sentiasa mengingati kata-kata Kakak.
******
setitip rasa 1: Kakak itu bukanlah kakak kandungku. Tetapi dia benar-benar buat aku merasai kehadiran seorang kakak.
setitip rasa 2: Masih ada yang lebih susah ujiannya daripada kita. Mari sama-sama kita fikirkan.
setitip rasa 3: Cerpen khas untuk sahabat 6 Dahlia 1997 akan diabadikan di sini. Masih dalam proses merangka dan mencari waktu yang sesuai untuk memulakan penulisan. Nantikan warga 6 Dahlia 1997!lalalala~~
setitip rasa 4: Semalam dah makan sate, malam ni sate lagi. Lagi banyak dari semalam, laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
Sate oh Sate!
setitip rasa 5: Ok, aku sedang berpuas hati dengan kamera Kodak adik aku walaupun second hand. Gambar lagi jelas. Oh, tak dapek aku nak menyentuhnya lagi selepas ini. Sila balik rumah selepas ini ye adikku!
No comments:
Post a Comment